Perbandingan amalan pengajaran dan pembelajaran tahfiz Al-Quran Ibnu Sahnun (m.875M) dengan program Tahfiz Al-Quran KIAS
Keywords:
Pengajaran dan Pembelajaran, Hafazan al-Quran, Ibnu Sahnun, Tahfiz al-Quran KIASAbstract
Tahfiz al-Quran merujuk kepada amalan menghafaz al-Quran secara keseluruhannya. Usaha murni ini berakar umbi dalam tradisi Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW, yang menghafal al-Quran dan menggalakkan para sahabatnya melakukan perkara yang sama. Istilah Tahfiz yang berasal dari kata akar bahasa Arab "hafaza" bermaksud memelihara, melindung, atau menjaga iaitu bermaksud pemeliharaan teks al-Quran melalui hafalan. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan tujuan melihat perbandingan antara amalan pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran oleh Ibnu Sahnun (m.875M) dengan amalan yang dilaksanakan dalam program tahfiz al-Quran KIAS. Dapatan kajian menunjukkan terdapat persamaan dari segi prosedur hafazan al-Quran iaitu mengenal huruf, sebutan huruf yang betul, bacaan bertajwid, penulisan ayat hafazan, memperdengarkan hafazan ayat, menghafaz mengikut jadual tertentu dan berdasarkan kemampuan pelajar. Perbezaan hanya pada peringkat awal prosedur iaitu ikrab ayat. Manakala pendekatan pedagogi, kurikulum serta penekanan terhadap adab dan etika dalam mempelajari al-Quran, sasaran pelajar dan penekanan kepada pembelajaran berterusan adalah saling melengkapi. Diharapkan hasil kajian ini boleh menjadi panduan kepada penghafaz al-Quran, golongan pendidik hafazan serta pengusaha pusat-pusat hafazan al-Quran.