Kompas pendidikan karakter mengikut perspektif Ibnu Sahnun (m.875H)
Keywords:
Pendidikan Karakter, Pendidikan Adab dan Akhlak, Ibnu SahnunAbstract
Pendidikan karakter adalah penting untuk pembangunan holistik pelajar, membantu mereka menjadi individu yang menyeluruh yang boleh memberi kesan positif kepada sekolah, komuniti dan masyarakat yang lebih luas. Dengan mengintegrasikan pendidikan karakter ke dalam kurikulum, para pendidik boleh memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah pelajar, masa depan mereka dan kehidupan sejahtera dalam menghadapi cabaran semasa. Artikel ini bertujuan menganalisis pelaksanaan pendidikan karakter oleh Ibnu Sahnun, melalui analisis karya beliau iaitu Kitab Adab al-Mu’allimin. Melalui dapatan kajian ini, dikemukakan kompas pendidikan karakter berpandukan hasil analisis kitab tersebut sebagai panduan dalam melaksana pendidikan karakter dalam perkembangan dunia kini. Kompas tersebut memicu empat arah dalam pendidikan karakter iaitu matlamat, strategi, kaedah serta prinsip dan nila. Kompas panduan ini boleh dimanfaat oleh ibu bapa, guru para pendidika serta seluruh masyarakat untuk pendidikan karakter bermula peringkat awal kanak-kanak sehingga pendidikan peringkat tinggi.