Status perundangan wasiat wajibah di Malaysia: Perbandingan enakmen wasiat orang Islam di Malaysia.

The legal status of obligatory will in Malaysia: A comparative analysis of Muslim wills enactments in Malaysia

Authors

  • Alizah Ali Pensyarah Kanan, Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia.
  • Azhani Arshad Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Rahmawati Mohd Yusoff Pensyarah Kanan, Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia.
  • Siti Nuruljannah Mohd Rumainor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia.

Keywords:

Status Perundangan, Wasiat Wajibah, Enakmen Wasiat Orang Islam, Malaysia

Abstract

Wasiat wajibah merupakan salah satu bentuk alternatif dalam pengurusan harta pusaka zaman ini, hasil daripada ijtihad ulamak kontemporari. Ianya mula diperkenalkan di Mesir pada tahun 1946 melalui Qanun Al-Wasiyyah. Di Malaysia, wasiat wajibah mula dikuatkuasakan di Negeri Selangor melalui Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri. Sembilan) 2004, Enakmen Wasiat Orang. Islam (Negeri Melaka) 2005, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Kelantan) 2009, Enakmen Wasiat Orang Islam Pahang 2017, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sabah) 2018, dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang status perundangan dan perbandingan wasiat wajibah dalam kesemua negeri yang terlibat. Kajian kualitatif ini menggunapakai analisa subskriptif dan kajian perbandingan. Kaedah kepustakaan juga dilakukan dengan merujuk kepada bahan-bahan termasuk akta dan statut, kes, buku teks, artikel jurnal, surat khabar dan prosiding konferensi. Kajian ini mendapati terdapat perkembangan positif tentang status perundangan wasiat wajibah di tujuh negeri, khususnya di negeri Selangor. Namun begitu, dicadangkan agar kajian selanjutnya dibuat untuk melihat sejauhmana orang Islam di Malaysia sedar tentang kewujudan wasiat wajibah dan menggunakannya sebagai alternatif dalam pengurusan harta pusaka mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-12

How to Cite

Ali, A., Arshad, A., Mohd Yusoff, R., & Mohd Rumainor, S. N. (2024). Status perundangan wasiat wajibah di Malaysia: Perbandingan enakmen wasiat orang Islam di Malaysia.: The legal status of obligatory will in Malaysia: A comparative analysis of Muslim wills enactments in Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(68), 35–46. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2679