Mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar diploma Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Authors

  • Noorhanis Amran Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) 15370 Kota Bharu, Malaysia
  • Nurul Izzwani Md Khairuddin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Malaysia
  • Amrina Rasyada Kamaruzaman Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15370 Kota Bharu, Malaysia
  • Shafwan Ismail Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15370 Kota Bharu, Malaysia
  • Nurmasitah Mat Hassan Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra 15370 Kota Bharu, Malaysia

Keywords:

Tatabahasa, Pelajar, KIAS

Abstract

Bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi yang digunakan oleh pelajar. Bahasa seseorang mencerminkan pemikirannya dan semakin terampil seseorang berbahasa maka semakin cerah dan jelas pula jalan pemikirannya. Peranan bahasa sangat penting dalam kehidupan sehari-hari, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Jadi penggunaan tatabahasa yang salah akan menjejaskan bahasa Melayu. Tujuan kajian ini dilakukan bagi mengetahui penggunaan kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar diploma. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti jenis-jenis imbuhan apitan kata kerja bahasa Melayu pelajar-pelajar dalam penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dengan mengagihkan borang soal selidik kepada 80 orang pelajar diploma yang mempelajari bahasa Kebangsaan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Kajian tertumpu kepada aspek morfologi sahaja. Data kajian dikumpul melalui agihan borang soal selidik. Data-data seterusnya dianalisis menggunakan dua kaedah yang utama, iaitu analisis statistik untuk mencari kekerapan dan peratusan kesalahan penggunaan imbuhan mengikut kategori imbuhan kata kerja bahasa Melayu berdasarkan teori sistemik. Analisis kedua, iaitu menggunakan teori sistemik bagi menghuraikan dan menjelaskan salah betul penggunaan jenis-jenis kesalahan imbuhan yang telah dikenal pasti dalam borang soal selidik. Dengan menggunakan pendekatan teori sistemik, khasnya melalui peraturan sintagmatik, segala bentuk kesalahan imbuhan dapat diterangkan dengan saintifik dan terperinci. Kesemua jenis kesalahan imbuhan dapat dikaitkan secara sistematik. Kaitan secara sistematik ini bermaksud kesalahan penggunaan imbuhan bagi setiap kategori itu mempunyai motivasinya tersendiri yang boleh diterangkan. Kajian ini berhasil menunjukkan pertalian di antara proses terbitan kata (morfologi) dan makna imbuhan yang dikaji. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar diploma masih lemah menggunakan imbuhan khususnya imbuhan kata kerja. Seterusnya, kajian ini telah memberikan satu cara alternatif tentang bagaimana meningkatkan prestasi penggunaan imbuhan dalam kalangan pelajar, iaitu melalui latih tubi dan kaedah permainan di bilik darjah

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-08

How to Cite

Amran, N., Md Khairuddin, N. I., Kamaruzaman, A. R., Ismail, S., & Mat Hassan, N. (2024). Mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar diploma Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(68), 26–34. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2673