Kajian literatur terhadap keberkesanan tarannum murattal menerusi bacaan imam solat

Literature study on the effectiveness of tarannum murattal through the reading of the prayer imam

Authors

  • Ahmad Junaidi Che Ariffin Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadis, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15370 Kota Bharu, Malaysia
  • Azyantee Mohd Zawawi Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15370 Kota Bharu, Malaysia
  • Amrina Rasyada Kamaruzaman Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadis, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15370 Kota Bharu, Malaysia
  • Mukhlis Mustaffa Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadis, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15370 Kota Bharu, Malaysia

Keywords:

tarannum murattal, imam solat, kehadiran jemaah, khusyuk, solat berjemaah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan penggunaan tarannum murattal dalam bacaan imam solat terhadap kehadiran jemaah dan tingkat khusyuk dalam solat berjemaah. Tarannum murattal merupakan teknik bacaan al-quran yang menggabungkan kelunakan suara dengan kepatuhan kepada hukum tajwid, yang sering diaplikasikan oleh imam dalam solat berjemaah seperti solat tarawih dan fardu. Meskipun seni bacaan ini dianggap mampu meningkatkan pengalaman rohani jemaah, kajian empirikal mengenai kesannya terhadap kekhusyukan solat dan kehadiran jemaah di masjid masih terhad. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk menganalisis dapatan kajian lepas mengenai peranan tarannum murattal dalam memperindah bacaan imam solat. Bacaan tarannum murattal memberi kesan positif terhadap kekhusyukan jemaah, terutamanya dalam solat yang panjang, serta dapat meningkatkan kehadiran jemaah di masjid. Namun, kajian ini juga mengenal pasti jurang dalam kajian empirikal yang menilai secara langsung pengaruh bacaan imam dengan tarannum terhadap makmum.secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa tarannum murattal memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti solat berjemaah. Penggunaan tarannum oleh imam bukan sahaja memperindah bacaan, tetapi juga memberi kesan positif terhadap kehadiran dan kekhusyukan jemaah. Kajian lanjutan yang melibatkan data lapangan disarankan untuk mengesahkan dapatan ini dan memperkukuh bukti mengenai kesan tarannum murattal dalam konteks solat berjemaah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-08

How to Cite

Che Ariffin, A. J., Mohd Zawawi, A., Kamaruzaman, A. R., & Mustaffa, M. (2024). Kajian literatur terhadap keberkesanan tarannum murattal menerusi bacaan imam solat: Literature study on the effectiveness of tarannum murattal through the reading of the prayer imam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(68), 15–25. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2672