Interaksi Al-quran terhadap kalimah qalb, shadr, fuad dan lubb
Al-qur'an interaction on qalb, shadr, fuad and lubb words
Keywords:
Qalb, Fu'ad, Shadr, Lubb, Interaksi Al-QuranAbstract
Allah SWT menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya manusia (menggunakan akal untuk) memahaminya (QS 12:2). Kalimah qalb, shadr, fuad dan lubb yang terdapat dalam Al-Quran merujuk kepada pelbagai aspek keadaan hati dan pemikiran manusia yang memainkan peranan penting dalam pembangunan spiritual dan moral individu. Setiap kalimah ini membawa makna yang unik namun saling berkaitan. Memahami perkaitan antara kalimah-kalimah ini adalah kunci untuk menggunakan ayat Al-Quran dengan menepati kehendak ayat. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis dan memahami hubungan serta interaksi antara kalimah qalb, shadr, fuad dan lubb dalam Al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis teks iaitu dengan memfokuskan kepada ayat-ayat Al-Quran yang terdapat qalb, shadr, fuad, dan lubb. Analisis makna pula merujuk kepada tafsir dan hadis untuk mengetahui konteks setiap kalimah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa qalb berfungsi sebagai pusat spiritual yang mempengaruhi keadaan shadr, yang merupakan tempat pengalaman emosi. Fuad, yang merujuk kepada perasaan mendalam, dipengaruhi oleh keadaan qalb dan shadr. Lubb, yang menggambarkan kebijaksanaan dan pemahaman mendalam, adalah hasil dari interaksi antara qalb, shadr, dan fuad. Kesimpulannya dengan memahami hubungan antara qalb, shadr, fuad, dan lubb ini dalam Al-Quran dapat membantu umat Islam menggunakannya dengan betul dan tepat kerana makna yang didapati hampir namun tetap wujud perbezaannya.