Analisa perbandingan terhadap penggunaan model Waqaf Pendanaan Awam (Crowdfunding) dalam komoditi ternakan halal bukan ruminan di Malaysia dan Indonesia.

A comparative analysis of Waqf Crowdfunding Model towards halal non-ruminant livestock commodities in Malaysia and Indonesia

Authors

  • Parihah Ab Kadir Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Rahmawati Mohd Yusoff Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia.
  • Sharifah Zubaidah Syed Abdul Kader Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia, Jln Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
  • Azhani Arshad Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Wan Amir Azlan Wan Haniff Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Mohammad Hidir Baharudin Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
  • Rosnani Mohd Salleh Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia

Keywords:

Komoditi Ternakan Bukan Ruminan Halal, Waqaf Pendanaan Awam (Crowdfunding), Keselamatan Makanan Negara, Malaysia, Indonesia

Abstract

Malaysia ialah sebuah negara dengan majoriti penduduk Muslim, di mana dianggarkan 61.30% daripada jumlah keseluruhan populasi Malaysia pada tahun 2023 terdiri daripada umat Islam. Angka ini mencerminkan keperluan terhadap bekalan makanan halal bagi memenuhi keperluan komuniti Muslim. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bekalan komoditi makanan halal daripada ternakan bukan ruminan seperti ayam, itik, dan telur kerana Malaysia masih bergantung kepada produk import. Amalan sedia ada masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan isu ini, memandangkan bilangan ladang ternakan bukan ruminan adalah kecil kerana didominasi oleh perusahaan berskala besar dan harga stok yang tinggi membebankan masyarakat. Kajian ini meneliti kepentingan komoditi ternakan bukan ruminan halal melalui pendanaan awam (crowdfunding) pada masa kini serta mengenal pasti kaedah untuk membangunkan komoditi ini melalui waqaf crowdfunding bagi mencapai keselamatan makanan negara. Kajian ini menggunakan analisis keratan rentas kualitatif dan deskriptif menggunakan undang-undang sedia ada serta data yang diperoleh daripada badan pentadbiran yang berkaitan. Untuk tujuan analisis perbandingan, kajian ini turut merujuk model waqaf crowdfunding di Indonesia. Kajian ini mencadangkan bahawa Malaysia perlu merangka pelan bagi meningkatkan kemampanan keselamatan makanan untuk memenuhi permintaan pasaran domestik dengan menubuhkan komoditi ternakan bukan ruminan halal melalui waqaf crowdfunding. Model ini dapat menjadi garis panduan kepada pihak kerajaan dalam mengurus kesesuaian pendekatan waqaf crowdfunding yang berpotensi dilaksanakan dalam projek ternakan bukan ruminan halal bagi meningkatkan tahap keselamatan makanan di Malaysia, mengurangkan kekurangan bekalan, serta menangani harga stok yang tinggi yang membebankan masyarakat. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Ab Kadir, P., Mohd Yusoff, R., Syed Abdul Kader, S. Z., Arshad, A., Wan Haniff, W. A. A., Baharudin, M. H., & Mohd Salleh, R. (2024). Analisa perbandingan terhadap penggunaan model Waqaf Pendanaan Awam (Crowdfunding) dalam komoditi ternakan halal bukan ruminan di Malaysia dan Indonesia.: A comparative analysis of Waqf Crowdfunding Model towards halal non-ruminant livestock commodities in Malaysia and Indonesia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(67), 335–344. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2645