Analisa terhadap undang-undang sedia ada dalam membanteras kes keganasan rumah tangga di Malaysia
An analysis of the existing laws in combating domestic violence cases in Malaysia
Keywords:
Undang-undang Malaysia, Undang-Undang Antarabangsa, Kes Keganasan Rumah TanggaAbstract
Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga di Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai instrumen undang-undang di peringkat Malaysia dan antarabangsa, namun fasa perlaksanaanya masih tidak sama ada kemudahan tersebut digunakan sepenuhnya dalam komunti individu atau tidak. Oleh itu, artikel ini mengkaji kerangka undang-undang untuk perlindungan hak sosial wanita terhadap keganasan rumah tangga berdasarkan undang-undang Malaysia dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan analisis kualitatif dan deskriptif dengan mengkaji statut, akta, undang-undang, rujukan ilmiah, dan data yang dikumpul daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Isu ini juga diteliti daripada perspektif al-Quran dan as-Sunnah. Kajian mendapati bahawa Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Kanun Keseksaan berfungsi sebagai kerangka kerja undang-undang utama untuk menangani kes keganasan rumah tangga. Kajian ini mencadangkan hak asasi wanita seperti yang digariskan dalam syariat Islam mesti diperkukuh dalam dasar kerajaan kerana kesannya selaras dengan Pelan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) (2030) dari segi kesamaan jantina, menggalakkan keamanan daripada sebarang keganasan dan masyarakat inklusif termasuk komuniti untuk pembangunan yang mapan.