Gaya penulisan pengkaji hadith kontemporari terhadap ilmu Mukhtalif al-Ḥadīth

Authors

  • Mohd Solleh Ab Razak Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Zaifuddin Md Rasip Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Mohd Nor Adzhar Ibrahim Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

Keywords:

Gaya Penulisan Hadith, Pengkaji Hadith, Kontemporari, Mukhtalif al-Ḥadīth

Abstract

Penulisan karya ilmu mukhtalif al-ḥadīth merupakan faktor penting dalam merangka kefahaman hadith secara tepat dan menghilangkan kekeliruan terhadap hadith. Oleh yang demikian, para muḥaddithīn menulis pelbagai karya bagi menyusun disiplin ilmu ini secara sistematik dan berstruktur. Walaupun demikian, gaya penulisan karya tersebut berbeza-beza berdasarkan matlamat penulisan dan pengaruh semasa. Hal ini berterusan sehingga ke hari ini. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengkaji dan menganalisis gaya penulisan pengkaji hadith kontemporari terhadap ilmu mukhtalif al-ḥadīth. Kajian ini dijalankan berbentuk kualitatif. Justeru, pengumpulan data penyelidikan dilaksanakan melalui metode analisis kandungan. Kajian ini turut menggunakan kaedah analisis kandungan, data dianalisis dengan beberapa cara dengan mengubah data ke dalam bentuk teks, menghasilkan kategori dan juga membuat kesimpulan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat dua gaya utama penulisan mukhtalif al-ḥadīth oleh para pengkaji hadith kontemporari iaitu penulisan umum berkaitan mukhtalif al-ḥadīth dan penulisan berbentuk kajian terhadap karya muḥaddithīn terdahulu. Bagi gaya kedua pula, terdapat tiga aspek yang difokuskan iaitu kajian berdasarkan bab hukum; iaitu hukum secara umum dan khusus, kajian berdasarkan manhaj penyelesaian; iaitu keseluruhan manhaj penyelesaian dan manhaj penyelesaian secara khusus, serta kajian perbandingan antara karya-karya muḥaddithīn. Kesimpulannya, karya yang dihasilkan oleh pengkaji hadith kontemporari memperkukuhkan lagi kefahaman berkaitan percanggahan antara hadith berdasarkan disiplin ilmu mukhtalif al-ḥadīth. Karya-karya ini lebih memudahkan para pembaca untuk merujuk dan menyelesaikan percanggahan yang ditemui dalam kehidupan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Ab Razak, M. S., Md Rasip, Z., & Ibrahim, M. N. A. (2024). Gaya penulisan pengkaji hadith kontemporari terhadap ilmu Mukhtalif al-Ḥadīth. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(67), 281–298. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2633