Penggunaan dan pengaplikasian alat analitik dalam pemasaran digital masakini

The use and application of of analytical tools in digital marketing nowdays

Authors

  • Siti Maziah Ab Rahman Senior Lecturer, Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Azahar Yusof Senior Lecturer, Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Md Khairu Amin Ismail Senior Lecturer, Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Rustam Shaari Senior Lecturer, Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) Cawangan Kelantan, Malaysia

Keywords:

alat analitik, pemasaran digital, ROI, analisis data, strategi pemasaran

Abstract

Pemasaran digital kini menjadi elemen penting dalam strategi perniagaan untuk menjangkau pelanggan yang lebih luas dan meningkatkan prestasi jenama. Dalam landskap yang semakin kompleks ini, alat analitik memainkan peranan yang penting untuk memahami tingkah laku pengguna, mengoptimumkan kempen pemasaran, dan meningkatkan pulangan atas pelaburan (ROI). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan alat analitik dalam pemasaran digital masa kini, menilai kesan penggunaannya terhadap keputusan pemasaran, dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pemasar dalam mengintegrasikan alat-alat ini. Melalui analisis pelbagai kajian kes dan kajian literatur terkini, kajian ini mendapati bahawa penggunaan alat analitik, seperti Google Analytics, Facebook Insights, dan alat-alat lain yang berkaitan, membantu perniagaan dalam mengenal pasti trend, mengukur keberkesanan kempen, dan memahami profil serta keperluan pelanggan. Walau bagaimanapun, kajian ini juga mengenal pasti cabaran seperti isu privasi data, keperluan kemahiran teknikal yang tinggi, dan pergantungan yang kuat pada data besar yang boleh menjejaskan ketepatan ramalan. Implikasi kajian ini adalah untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat besar dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi alat analitik untuk meningkatkan strategi pemasaran mereka dan bersaing dalam pasaran digital yang semakin mencabar

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-25

How to Cite

Ab Rahman, S. M., Yusof, A., Ismail , M. K. A., & Shaari , R. (2024). Penggunaan dan pengaplikasian alat analitik dalam pemasaran digital masakini: The use and application of of analytical tools in digital marketing nowdays. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(67), 213–223. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2620