Peranan bank makanan dalam menangani ketidakselamatan makanan di kalangan pelajar universiti: Satu sorotan literatur.
The role of food banks in addressing food insecurity among university students: A literature review
Keywords:
Bank makanan, ketidakselamatan makanan, mahasiswa, universitiAbstract
Ketidakselamatan makanan di kalangan pelajar universiti merupakan isu yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia, yang memberi impak terhadap kesejahteraan mental, fizikal, dan prestasi akademik mereka. Dalam usaha menangani masalah ini, bank makanan di universiti telah diperkenalkan sebagai satu inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan sokongan makanan kepada pelajar yang menghadapi kesulitan kewangan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan bank makanan dalam mengurangkan ketidakselamatan makanan di kalangan pelajar universiti, serta menilai keberkesanan dan cabaran yang dihadapi berdasarkan kepada sorotan literatur sedia ada. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpulkan dan menganalisis data daripada pelbagai kajian terdahulu yang berkaitan dengan ketidakselamatan makanan dan peranan bank makanan di universiti. Kajian-kajian ini dinilai dari segi objektif, metodologi, dan hasil yang diperoleh untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bank makanan telah terbukti berkesan dalam menyediakan bantuan segera kepada pelajar yang mengalami ketidakselamatan makanan, dengan hasil yang positif terhadap kesejahteraan mental dan prestasi akademik mereka. Walau bagaimanapun, cabaran seperti stigma sosial, kekurangan dana, dan sumber daya serta kesan negatif terhadap kesihatan mental pelajar turut dibincangkan. Penemuan ini menekankan perlunya pendekatan yang lebih komprehensif dan bersepadu bagi menangani isu ketidakselamatan makanan, termasuk sokongan kewangan, pendidikan kesedaran untuk mengurangkan stigma, serta kerjasama dengan organisasi luar. Kajian ini menunjukkan bank makanan memainkan peranan penting dalam mengurangkan ketidakselamatan makanan di kalangan pelajar universiti, tetapi ia memerlukan sokongan berterusan dan strategi yang lebih holistik untuk memastikan keberkesanan jangka panjang dalam membantu pelajar mencapai kejayaan akademik dan seterusnya kesejahteraan dalam kehidupan.