Tahap penguasaan topik pembezaan bagi kursus DBM20023 Engineering Mathematics 2 dalam kalangan pelajar Politeknik Kuala Terengganu
Keywords:
Penguasaan, Pembezaan, MatematikAbstract
Senario pelajar mengalami masalah pembezaan di Politeknik Kuala Terengganu (PKT) mendorong penyelidik menjalankan kajian ini. Kajian ini melibatkan 36 orang pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Elektronik semester , sesi II 2023/2024. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mendorong penguasaan topik pembezaan bagi kursus DBM20023 Engineering Mathematics 2 termasuk persekitaran pembelajaran pelajar, kaedah pengajaran pensyarah, minat pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Data kajian yang digunakan adalah secara data kuantitatif iaitu melalui proses soal selidik kepada 36 orang responden. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 28 peratus pelajar tidak memerlukan bengkel pemulihan bagi meningkatkan pemahaman topik pembezaan.bersaing , 11 peratus pensyarah tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembezaan, 39 peratus pelajar tidak membuat persediaan pembelajaran sebelum ke kuliah dan 50 peratus pelajar tidak berjumpa dengan pensyarah untuk bertanyakan soalan yang tidak difahami. Dengan memahami faktor-faktor yang mendorong pelajar dalam penguasaan mereka terhadap topik pembezaan, pensyarah di Politeknik Kuala Terengganu dapat melaksanakan dan menambahbaik proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) bagi kursus matematik kejuruteraan terutamanya kursus DBM20023, yang banyak menggunakan pembezaan dengan lebih baik dan berkesan.