KAJIAN KONSEPTUAL TERHADAP ZAKAT PENDAPATAN PENYEDIA KANDUNGAN DI MEDIA SOSIAL
A CONCEPTUAL STUDY ON THE INCOME ZAKAT OF CONTENT CREATORS ON SOCIAL MEDIA
Keywords:
Penyedia kandungan, Media sosial, Online Platform, Zakat pendapatanAbstract
Pada era globalisasi kini, perkembangan teknologi menjadikan internet boleh diakses secara luas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dewasakini, platform-platform media sosial ini adalah salah satu media yang dapat menjadi sumber pendapatan bagi para penggunanya, yang memiliki jumlah penonton (viewer) atau pelanggannya (subscriber) mencapai jumlah tertentu. Hal ini kerana semakin ramai penonton kandungan mereka dan jumlah pelanggan, maka semakin banyak pendapatan mereka. Pada awalnya, ianya hanya menjadi platform untuk tontonan hiburan yang mengandungi banyak bahan menarik. Namun, penyedia kandungan perlu sedar kewajipan mengeluarkan zakat daripada hasil pendapatan mereka melalui platform media sosial ini, jika hasilnya mencapai nisab tertentu. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada pendapatan yang diterima oleh penyedia kandungan di media sosial seperti YouTube, Facebook, Tiktok dan Instagram layak dikenakan zakat. Metod atau kaedah kajian ini adalah menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif. Data bagi kajian ini diperolehi dengan merujuk kepada hasil penulisan atau penerbitan yang berkaitan. Garis panduan yang akan dihasilkan akan memfokuskan ilmu-ilmu berkaitan zakat sebagai rujukan dan kriteria terperinci berkaitan kandungan media sosial yang patuh syariah serta layak dikenakan zakat sebagai panduan penyedia kandungan di pelbagai platform media massa.