REALISTIK PARAMETER INTERAKSI SOSIAL DALAM HUBUNGAN MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM DI MALAYSIA BERASASKAN MAQASID SYARIAH

REALISTIC PARAMETERS OF SOCIAL INTERACTION IN THE RELATIONSHIP BETWEEN MUSLIMS AND NON-MUSLIMS IN MALAYSIA BASED ON MAQASID SHARIAH

Authors

  • Azarudin Awang Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Kampus Terengganu, Cawangan Dungun
  • Azman Che Mat Akademi Pengajian Bahasa, Kampus Terengganu, Cawangan Dungun

Keywords:

Parameter, Interaksi Sosial, Muslim, non-Muslim, Maqasid Syariah

Abstract

Kehidupan manusia kerapkali dihadapkan dengan pelbagai kerencaman fenomena pluraliti. Manusia juga merupakan makhluk sosial yang cenderung memperkenalkan dirinya sendiri dan dalam masa yang sama cuba mengetahui perbezaan yang ada pada orang lain melalui interaksi. Interaksi sosial merupakan satu hubungan yang berlaku antara manusia dengan manusia yang lain, sama ada bersifat individu ataupun kelompok. Dalam melestarikan keutuhan akidah, interaksi sosial yang berlangsung antara Muslim dan non-Muslim sewajarnya diasaskan kepada satu parameter berlandaskan maqasid syariah. Justeru, objektif kajian ini ialah melihat realistik parameter interaksi sosial dalam menjalinkan hubungan Muslim dengan non-Muslim di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu penelitian dilakukan ke atas artikel-artikel yang menyentuh isu agama yang melatari hubungan kedua belah pihak dan implikasi sekiranya pemahaman kabur dalam kalangan Muslim terhadap interaksi sosial merentas agama.  Hasil kajian mendapati, bahawa terdapat larangan menjalinkan interaksi sosial khususnya dalam meraikan upacara keagamaan orang lain atau bersifat tasyabbuh. Manakala terdapat pandangan adanya kewajaran batasan ‘do’ dan ‘don’t” dalam interaksi sosial Muslim dengan non-Muslim di Malaysia khususnya apabila melibatkan sambutan perayaan dan kebudayaan. Kajian ini penting kerana ia memberi maklumat awal kepada penyelidik untuk membangunkan satu parameter interaksi sosial dalam hubungan Muslim dan bukan Muslim di Malaysia berasaskan maqasid syariah

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Awang, A., & Che Mat, A. (2024). REALISTIK PARAMETER INTERAKSI SOSIAL DALAM HUBUNGAN MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM DI MALAYSIA BERASASKAN MAQASID SYARIAH: REALISTIC PARAMETERS OF SOCIAL INTERACTION IN THE RELATIONSHIP BETWEEN MUSLIMS AND NON-MUSLIMS IN MALAYSIA BASED ON MAQASID SHARIAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(66), 413 – 422. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2535