ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK TERHADAP SEKURITI MAKANAN HALALAN TAYYIBAN: KAJIAN KES DI DAERAH KOTA KINABALU, SABAH

SYSTEMATIC LITERATURE ANALYSIS ON HALALAN TAYYIBAN FOOD SECURITY: A CASE STUDY IN KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Azira Asung Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Syamsul Azizul Marinsah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Keywords:

Sekuriti Makanan, Halalan Tayyiban, Sabah

Abstract

Isu mengenai sekuriti makanan ini menjadi antara isu yang hangat dibicarakan secara global tidak terkecuali di Malaysia kerana fungsinya menjadi kayu ukur kepada pembangunan sesebuah negara. Namun, Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan memperkenalkan konsep yang bertepatan dengan perlembagaan iaitu sekuriti makanan yang berlandaskan halalan tayyiban. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis pengukuhan sekuriti makanan halalan tayyiban di Malaysia khususnya di Kota Kinabalu, Sabah menggunakan analisis literatur sistematik. PRISMA digunakan sebagai kaedah bagi memproses literatur yang diperoleh daripada dua pangkalan data iaitu MyJurnal dan Scopus dengan mengambilkira 10 tahun penerbitan dari tahun 2015 hingga tahun 2024. Setelah melalukan proses saringan dan kelayakan, sebanyak 72 buah artikel yang layak untuk disentesis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa perlu dilakukan gesaan bagi mewajibkan pensijilan halal kepada pemain industri makanan dan pengusaha makanan dalam langkah untuk memastikan keterjaminan sekuriti makanan halalan tayyiban. Diharapkan kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan pihak autoriti dalam usaha untuk mengukuhkan sekuriti makanan halalan tayyiban khususnya di Kota Kinabalu, Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Asung, A., Marinsah, S. A., & Hajimin, M. N. H. H. (2024). ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK TERHADAP SEKURITI MAKANAN HALALAN TAYYIBAN: KAJIAN KES DI DAERAH KOTA KINABALU, SABAH: SYSTEMATIC LITERATURE ANALYSIS ON HALALAN TAYYIBAN FOOD SECURITY: A CASE STUDY IN KOTA KINABALU, SABAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(66), 377 – 387. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2533