PENULISAN ILMU TAJWID DALAM KESUSASTERAAN TRADISIONAL SARAWAK: ANALISIS KANDUNGAN KITAB HIDAYAH LI AL-WALAD AL-WALAD
WRITING OF TAJWID KNOWLEDGE IN TRADITIONAL SARAWAK LITERATURE: CONTENT ANALYSIS OF THE BOOK OF HIDAYAH LI AL-WALAD AL-WALAD
Keywords:
Tajwid, Sarawak, Sastera KitabAbstract
Kajian ini menganalisis kandungan kitab Hidayah li al-Walad al-Walad berkaitan ilmu tajwid. Kitab ni merupakan hasil karya Syeikh Mansur bin Syed Abu Bakr al-‘Aydrus yang diterbitkan pada tahun 1936M. Kajian ini merupakan sebuah kajian penyejarahan-kualitatif (historical-qualitative research) di mana data-data yang telah dikumpul akan dianalis menggunakan beberapa metod iaitu heuristik dan analisis kandungan yang merangkumi kritikan luaran dan kritikan dalaman. Hasil kajian ini mendapati penulisan ilmu tajwid dalam Kitab Hidayah li al-Walad al-Walad adalah berbentuk karya asli dan pengarangnya telah memasukkan 14 topik perbahasan dan dua (2) sub topik berkaitan ilmu tajwid. Walaupun kitab ini dihasilkan di Sarawak, bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu am dan bukannya bahasa Melayu Sarawak. Penerangan terhadap setiap topik atau sub topik dilakukan secara ringkas, padat dan mudah difahami.