PERANAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEBAGAI PENANDA ARAS DALAM PENGUKUHAN KEMAMPANAN PENGURUSAN ORGANISASI: ASEAN EDUCATIONAL EXPEDITION 2024

THE ROLE OF INTERNATIONAL PROGRAMS AS A BENCHMARK IN STRENGTHENING ORGANIZATIONAL MANAGEMENT SUSTAINABILITY: ASEAN EDUCATIONAL EXPEDITION 2024

Authors

  • Muhammad Noor Al-Amin Mohd Akram Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Izuan Izzaidi Azmi Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Firdaus Chek Sulaiman Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Adam Luqman Mazufil Hanim Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Putra Darwish Putra Darwish Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor

Keywords:

penanda aras, kemampanan, , pengurusan organisasi

Abstract

Program pengantarabangsaan adalah suatu medium yang berkesan dalam memperkukuhkan kemampanan pengurusan organisasi yang lebih kompetitif dan sebagai penanda aras bagi mencapai sinergi kepimpinan yang optimum di kalangan mahasiswa. Menerusi Program Asean Educational Expedition 2024 ini, ia bertujuan untuk mendedahkan kepimpinan mahasiswa kepada dunia luar berkaitan jalinan dan pertukaran idea mengenai pengurusan dan pelaksanaan aktiviti mahasiswa merangkumi beberapa universiti terkemuka di Indonesia. Sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Teratai Sesi 2024/2025 telah menyahut cabaran ini selaras dengan kehendak UiTM menjadi universiti yang terulung dipersada global. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran dalam mengurus tadbir sistem pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pelajar di peringkat kolej kediaman Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Hasil kajian yang dilakukan melibatkan 13 orang pelajar Jawatankuasa Perwakilan Kolej Teratai Sesi 2024/2025. Data yang diperoleh adalah daripada kerjasama di antara pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Universitas Internasional Batam dan Universiti Nagoya Indonesia. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan sistem pengurusan mahasiswa yang lebih efisien dan pelaksanaan aktiviti mahasiswa yang lebih berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan proaktif dalam program yang dianjurkan. Selain itu, ianya juga dapat mendorong kepada penerapan strategi yang berkesan melalui aktiviti dan program yang dilaksanakan kepada mahasiswa supaya dijadikan sebagai amalan pengurusan yang lebih lestari dan cekap, bagi jangka masa panjang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Mohd Akram, M. N. A.-A., Azmi, I. I., Sulaiman, F. C., Hanim, A. L. M., & Putra Darwish , P. D. (2024). PERANAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEBAGAI PENANDA ARAS DALAM PENGUKUHAN KEMAMPANAN PENGURUSAN ORGANISASI: ASEAN EDUCATIONAL EXPEDITION 2024: THE ROLE OF INTERNATIONAL PROGRAMS AS A BENCHMARK IN STRENGTHENING ORGANIZATIONAL MANAGEMENT SUSTAINABILITY: ASEAN EDUCATIONAL EXPEDITION 2024. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(66), 283–290. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2521