PELAKSANAAN PROGRAM PANGLIMA SUBUH KE ARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH MAHASISWA: KAJIAN DI KOLEJ KEDIAMAN TERATAI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM.

Authors

  • Adam Luqman Mazufil Hanim Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
  • Izuan Izzaidi Azmi Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
  • Firdaus Chek Sulaiman Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
  • Putra Darwish Mohd Kamil Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
  • Muhammad Noor Al-Amin Akram Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor

Keywords:

Sahsiah, Mahasiswa, Berintegriti, Kerohanian

Abstract

Pembentukan sahsiah mahasiswa amat penting dalam melahirkan pelajar yang berwibawa dan berintegriti menerusi penghayatan ke arah kerohanian sebagai asas utama keberhasilan insan yang berjaya. Justeru, pelaksanaan Program Panglima Subuh yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kediaman Teratai sesi 2024/2025 yang diadakan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, merupakan suatu inisiatif dalam menggerakkan kecenderungan mahasiswa ke arah kebaikan dan keterampilan sahsiah yang terpuji.Kajian ini berfokuskan peranan program bersifat kerohanian dalam mengukuhkan sahsiah mahasiswa khususnya dalam kalangan pelajar muslim Kolej Kediaman Teratai. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana impak program ini dalam menerapkan nilai positif dalam pembentukkan diri para pelajar. Bagi merungkai persoalan ini, pemerhatian dan penganalisisan data secara kuantitatif diaplikasikan sebagai metodologi utama kajian. Borang soal selidik diberikan kepada pelajar bagi mengumpul pandangan mereka terhadap program yang telah dijalankan. Berdasarkan hasil dapatan kajian, program ini terbukti dapat memantapkan sahsiah pelajar khususnya dalam konteks pengurusan masa dan disiplin. Program ini menjadi tunjang utama bagi melatih dan membimbing pelajar untuk menjadi seorang yang lebih cakna terhadap kepekaan masa terutama dalam mendirikan solat Subuh secara berjemaah. Oleh itu, penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam program ini mampu memperkasakan sahsiah dan membentuk diri pelajar yang lebih holistik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Hanim, A. L. M., Azmi, I. I., Sulaiman, F. C., Mohd Kamil , P. D., & Akram, M. N. A.-A. (2024). PELAKSANAAN PROGRAM PANGLIMA SUBUH KE ARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH MAHASISWA: KAJIAN DI KOLEJ KEDIAMAN TERATAI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(66), 273–282. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2520