PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA (MDS): KAJI SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM SECARA HIBRID

Authors

  • Putra Darwish Mohd Kamil Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Izuan Izzaidi Azmi Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Firdaus Chek Sulaiman Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Adam Luqman Mazufil Hanim Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Muhammad Nor-Al Amin Akram Kolej Kediaman Teratai, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Noradzhar Baba Kolej Kediaman Anggerik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Nor Aizam Adnan Kolej Kediaman Melati, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Ahmad Nazrin AriS Anuar Kolej Kediaman Perindu, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Firdaus Mohamad Kolej Kediaman Meranti, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor

Keywords:

Minggu Destini Siswa, Keberkesanan, Hibrid

Abstract

Program Minggu Destini Siswa (MDS) pada sesi September 2023 yang dijalankan secara hibrid adalah satu inisiatif baharu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam dalam melaksanakan orientasi mahasiswa baharu UiTM. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengendalian dan isi kandungan program orientasi pelajar baharu dalam Minggu Destini Siswa (MDS) sesi September 2023. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti respon pelajar bagi program yang telah dilaksanakan dan bagaimana kesannya dalam menguruskan pelajar-pelajar baharu yang terpilih bagi permulaan kehidupan di kampus.Tujuan analisis program ini dijalankan adalah untuk membantu pihak pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) bagi meningkatkan kualiti program yang akan dijalankan pada masa hadapan. Kajian ini dibuat daripada tinjauan yang dilakukan secara soal selidik di platform GoogleForm atas talian iaitu Borang Penilaian Minggu Destini Siswa (MDS) Universiti Teknologi MARA sesi September 2023. Responden bagi tinjauan ini adalah terdiri daripada mahasiswa baharu semester 1 pendaftaran sesi September 2023 seramai 1172 orang pelajar. Kajian ini menganalisis data menerusi kaedah kuantitatif menggunakan perisian SPSS 24. Dapatan kajian dianalisa secara mendalam merangkumi domain Tahap Pemahaman Pelajar Serta Pencapaian Keseluruhan Program MDS dan juga Keberkesanan Kaedah Penyampaian Program MDS Atas Talian. Analisis ini menunjukkan keseluruhannya maklum balas positif yang diberikan oleh mahasiswa baharu UiTM sesi Oktober 2023 – Februari 2024 ini dengan kesemua skornya melebihi daripada 90% bagi perkara yang dinyatakan di atas. Diharap hasil kajian ini dapat menjadi penanda aras dan juga keperluan untuk penambahbaikan program pada masa akan datang berkaitan capaian internet bagi program yang dilaksanakan secara hibrid.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Mohd Kamil, P. D., Azmi, I. I., Sulaiman , F. C., Hanim, A. L. M., Akram , M. N.-A. A., Baba, N., … Mohamad , F. (2024). PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA (MDS): KAJI SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM SECARA HIBRID. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(66), 261–272. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2519