3. TINJAUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI ASNAF (PROPER A) DI PERAK
OVERVIEW OF THE IMPLEMENTATION OF ASNAF'S ECONOMIC EMPOWERMENT PROGRAM (PROPER A) IN PERAK
Keywords:
Zakat, Asnaf, Usahawan Tani, Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A)Abstract
Zakat bukan hanya berfungsi sebagai kaedah pengumpulan kewangan sahaja malah ia merupakan salah satu pengabdian diri manusia kepada Allah SWT, membersihkan harta dan jiwa serta membantu golongan asnaf bagi meneruskan kelangsungan kehidupan mereka. Di antara bantuan produktif yang dicetuskan bagi membantu golongan asnaf ini adalah melalui pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A). Ianya bertujuan melatih golongan asnaf untuk menjadi usahawan dalam bidang pertanian. Ianya dijalankan di kawasan tanah yang dimiliki peserta atau milik keluarga yang terlibat. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kaedah pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A). Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan juga temubual terhadap pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan program ini secara khusus. Kajian ini mendapati bahawa pogram ini telah melibatkan kerjasama dua institusi penting iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan syarikat panel atau konsultan yang dilantik.