44. PERANAN ZAKAT DALAM MENCAPAI EKUITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

THE ROLE OF ZAKAT IN ACHIEVING EDUCATIONAL EQUITY IN MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Saiful Islami Mohd Taher Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Kedah, Malaysia
  • Siti Aisyah Yusof Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Kedah, Malaysia,
  • Hapiza Omar Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kedah, Malaysia
  • Hanani Ahmad Fuad Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kedah, Malaysia,
  • Samsiah Bidin Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Kedah, Malaysia
  • Daing Maruak Sadek Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Kedah, Malaysia
  • Muhammad Saiful Islam Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Kedah, Malaysia

Keywords:

Zakat, Pendidikan, Peranan zakat, Ekuiti dalam pendidikan

Abstract

Zakat merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Zakat bukan sahaja merupakan ibadah tetapi juga berfungsi sebagai instrumen yang sangat penting dalam mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Pendidikan adalah satu asas yang sangat penting dalam proses membangunkan individu dan masyarakat. Ia memainkan peranan utama dalam mengurangkan ketidaksamaan sosial dan ekonomi. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana zakat berperanan dalam membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang saksama dan berkualiti. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen-dokumen berkaitan zakat dan ekuiti pendidikan serta menghuraikan beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh zakat dalam usaha menangani masalah keciciran pelajar dalam pelajaran yang disebabkan oleh kemiskinan. Kajian mendapati bantuan zakat pendidikan sangat berperanan penting dalam membantu pelajar untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka. Dengan jumlah dana zakat yang banyak, pelbagai perkara untuk kemaslahatan umat Islam dapat direalisasikan antaranya ialah dapat memberikan bantuan kewangan dan juga persekolahan kepada anak-anak asnaf zakat yang tidak berkemampuan. Kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan untuk meningkatkan lagi peranan zakat dalam usaha mencapai ekuiti dalam pendidikan di Malaysia dengan lebih efisien.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Mohd Taher, M. S. I., Yusof, S. A., Omar, H., Ahmad Fuad, H., Bidin, S., Sadek, D. M., & Ismail, M. S. I. (2024). 44. PERANAN ZAKAT DALAM MENCAPAI EKUITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA: THE ROLE OF ZAKAT IN ACHIEVING EDUCATIONAL EQUITY IN MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 487–499. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2494