43. ANALISIS SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK PENDEKATAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM RAWATAN PEMULIHAN KETAGIHAN
Keywords:
Ketagihan, rawatan, psikospitual IslamAbstract
Ketagihan sering dikaitkan dengan kebergantungan terhadap bahan, tingkah laku atau aktiviti yang membahayakan diri pada sudut fizikal, mental, psikologi, sosial dan spiritual. Peningkatan masalah ketagihan berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan kepelbagaian pendekatan rawatan bersesuaian dengan kepercayaan dan budaya individu yang terlibat dengan proses pemulihan seperti pemberian ubat, psikoterapi dan kaunseling. Salah satu pendekatan yang dibicangkan dalam kajian-kajian lepas bagi pemulihan ketagihan adalah melalui kaedah rawatan psikospiritual Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghuraikan tema kajian dan perbincangan berkaitan masalah ketagihan di Malaysia. Kajian ini menganalisis artikel-artikel yang dikenalpasti menggunakan pendekatan systematic literature review (SLR) bermula dari tahun 2014 hingga 2024 menerusi pangkalan data Web of Science, Scopus dan Google Scholar. Selepas melalui fasa pemilihan dan pengecualian, sebanyak 17 artikel yang telah memenuhi objektif kajian. Kajian ini telah mengklasifikasi tiga tema berdasarkan sorotan kajian lepas iaitu konsep ketagihan, implikasi ketagihan, kaedah psikospiritual Islam dan ketagihan. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan pelaksanaan rawatan ketagihan melalui pendekatan psikospiritual Islam dalam menangani masalah ketagihan sama ada usaha tersebut melibatkan peranan dari pihak kerajaan atau bukan kerajaan.