41. UNSUR METAFORA ALAM: TINJAUAN TENTANG KAITAN RAPAT ANTARA KARYA PUISI MELAYU DENGAN AYAT AMSAL AL-QUR’AN
THE ELEMENTS OF NATURAL METAPHORS: A STUDY ON THE CLOSE RELATIONSHIP BETWEEN MALAY POETRY WORKS AND VERSES FROM THE BOOK OF PROVERBS IN THE QUR'AN
Keywords:
Metafora Alam, Puisi Melayu, Ayat Amsal Al-Qur’anAbstract
Karya puisi Melayu adalah suatu bentuk khazanah istimewa yang diwariskan oleh generasi lama kepada kita sebagai penerus Bangsa Melayu. Puisi Melayu dengan keindahan bahasanya, seringkali menggambarkan alam sekitar sebagai sumber inspirasi yang memberi makna. Di sisi lain, Al-Qur'an, sebagai pedoman utama umat Islam, juga memuatkan banyak ayat yang menggunakan gambaran alam untuk menyampaikan pesan-pesan Ilahi. Sehubungan dengan itu, artikel ini dibuat untuk membuat tinjauan tentang kaitan rapat antara Karya Puisi Melayu dengan Ayat Amsal Al- Qur’an. Ini kerana, pendekatan gaya bahasanya yang hampir sama iaitu secara metafora (memaknakan sesuatu) menggambarkan keterikatan yang kuat antara keduanya. Malahan ianya merupakan petunjuk yang jelas bahawa masyarakat Melayu di zaman dulu sangat berpegang teguh kepada agama dan budaya sehingga dirakamkan dalam karya bahasa dan penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang memberikan tumpuan kepada memahami secara mendalam metafora alam yang terkandung dalam karya puisi Melayu serta gambaran alam yang disebutkan dalam ayat amsal Al-Qur’an. Sebagai konklusi, hasil kajian ini diharapkan dapat membentuk nilai dan karakter masyarakat yang berakhlak mulia dan tinggi peradabannya.