37. KAEDAH AGIHAN ZAKAT DI IPT BERASASKAN KEPERLUAN PELAJAR MENGIKUT PENDEKATAN MAZHAB AL-SYAFIE: PENGALAMAN UiTM CAWANGAN PERAK
ZAKAT DISTRIBUTION METHOD IN HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS BASED ON STUDENT NEEDS FOLLOWING THE SHAFI'I SCHOOL APPROACH: UiTM PERAK BRANCH EXPERIENCE
Keywords:
Agihan Zakat, Institusi Pengajian Tinggi, UiTM Cawangan PerakAbstract
Dana zakat merupakan antara sumber utama yang digunakan oleh kebanyakan institut pengajian tinggi awam di Malaysia bagi membantu pelajar yang memerlukan. Namun dalam keadaan sumber dana tidak mencukupi terdapat keperluan untuk menentukan keutaman dan kadar agihan yang adil dalam kalangan penerima. Penuliasan ini bertujuan menjelaskan pengalaman UiTM Cawangan Perak berhubung kaedah yang digunakan bagi menentukan keutamaan serta penetapan kadar agihan zakat bersesuaian dengan realiti semasa kehidupan kampus dengan merujuk kepada pemikiran fiqh dalam Mazhab Syafie. Perspektif utama yang dilihat dalam pembangunan kaedah tersebut ialah penentuan kepada persoalan; siapakah pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan, berapakah kadar minima yang diperlukan dan berapakah kadar agihan yang adil berbanding penerima yang lain dan kedudukan kewangan tabung zakat semasa. Kaedah yang digunakan di peringkat UiTM Cawangan Perak ialah dengan melihat kepada defisit kewangan yang dihadapi oleh pelajar secara individu dengan membandingkan kedudukan sumber kewangan pelajar yang melibatkan tajaan pendidikan dan kadar nafkah yang diterima berbanding dan anggaran perbelanjaan minima yang diperlukan untuk menyara kehidupan kampus dan keperluan pembelajaran bagi semester semasa. Perbezaan defisit yang dihadapi menetukan keutamaan keperluan dalam kalangan pemohon dan kadar agihan zakat ditetapkan berasakan peratus keupayaan tabung zakat berbanding jumlah keseluruhan defisit kewangan yang dihadapi oleh keseluruhan pemohon.