36. ANALISIS KEPERLUAN BAGI PEMBINAAN MODEL FIQH MUNAKAHAT MASYARAKAT ISLAM ORANG ASLI
ANALYSIS OF THE NEEDS OF MUNAKAHAT ISSUES OF INDIGENOUS MUSLIM COMMUNITY IN PERAK STATE
Keywords:
Munakahat, Orang asli, Analisis keperluan, RealitiAbstract
Munakahat adalah suatu akad yang menghalalkan pergaulan dan batas hak di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah SAW dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh syarak. Sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajipan untuk mengetahui hukum hakam perkahwinan agar rumahtangga yang dibina mendapat sakinah dan mawaddah termasuk juga masyarakat orang asli yang nun jauh berada di kawasan pedalaman dan pinggir bandar. Mereka kaya dengan adat perkahwinan yang diwarisi sejak turun temurun. Pengislaman mereka menyebabkan mereka terikat dengan hukum syarak dan sekiranya tidak ditangani dengan baik boleh memberi tanggapan yang tidak baik terhadap ajaran Islam. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu perkahwinan yang berlaku dalam kalangan orang asli muslim. Bagi tujuan tersebut, metode kajian kualitatif digunakan dengan menggunakan instrumen temu bual. Peserta kajian terdiri daripada penggerak masyarakat orang asli yang berpengalaman melebihi 15 tahun. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa isu perkahwinan masyarakat Islam orang asli telah dikenalpasti seperti perkahwinan bawah umur, pengislaman salah seorang suami isteri, status wali nikah dan pembayaran mas kahwin. Dapatan isu ini sangat signifikan sebagai langkah awal dalam analisis keperluan bagi pembinaan model fiqh munakahat masyarakat orang asli yang meraikan realiti setempat dan berdasarkan pendekatan taysir.