35. APLIKASI FIQH AL-AWLAWIYYAT DALAM PENENTUAN KAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN ZAKAT: KAJIAN DI UITM PERAK
APPLICATION OF FIQH AL-AWLAWIYYAT IN DETERMINING ZAKAT DISTRIBUTION METHODS: A STUDY AT UITM PERAK
Keywords:
Agihan Zakat, Aplikasi, Fiqh al-awliyyat, Kos Pembelajaran dan Pelajar asnafAbstract
Artikel ini membincangkan tentang aplikasi konsep Fiqh al-Awlawiyyat dalam penentuan kaedah pengagihan bantuan zakat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak. Fiqh al-Awlawiyyat (fiqh keutamaan) memberi panduan berkenaan urutan keutamaan dalam membuat pertimbangan berdasarkan kepentingan atau keperluan secara adil, sama ada dalam permasalahan hukum, nilai dan pelaksanaan. Perbincangan ini menjelaskan kepentingan aspek keutamaan yang sepatutnya diambilkira dalam penentuan kaedah pengagihan bantuan zakat dalam kalangan mahasiswa UiTM Perak. Objektif kajian yang ditetapkan adalah untuk mengenalpasti keperluan kewangan pengajian pelajar UiTM mengikut jabatan dan semester pengajian, perbezaan kos keperluan pembelajaran antara fakulti serta menilai semula kaedah agihan zakat yang lebih relevan dengan keadaan semasa. Ianya dilakukan secara kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada para pelajar Fakulti Seni Bina dan Perancangan Ukur Bahan (FSPU), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), Fakulti Perakaunan (FP), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Fakulti Sains Gunaan (FSG). Berdasarkan analisis , dapatan menunjukkan bahawa kos keperluan pembelajaran tersebut adalah lebih besar bagi pihak pelajar FSSR berbanding fakulti lain. Kajian ini turut menyarankan beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan ketelusan dan keberkesanan pengagihan zakat antaranya dengan penggunaan konsep Fiqh al-Awlawiyyat. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi panduan praktikal secara realistik bagi institusi zakat dalam usaha meningkatkan pengurusan dan pengagihan bantuan kepada golongan pelajar asnaf.