34. ANALISIS TEMATIK NAMA-NAMA TEMPAT DALAM AL-QURAN

THEMATIC ANALYSIS OF PLACE NAMES IN AL-QURAN

Authors

  • Juriah Mohd Amin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia.
  • Fathiah Fathil Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia.

Keywords:

Al-Quran, Analisis Tematik, Direktori, Lokasi, Mekah

Abstract

Membaca dan juga mengambil manfaat manfaat daripada al-Quran merupakan sebesar-besar rahmat dan nikmat Ilahi kepada umat manusia. Walau bagaimanapun sekadar membaca al-Quran belum memenuhi tuntutan “Iqra’”. Menurut al-Ghazali (1992) membaca al-Quran sebenarnya memerlukan penyertaan lidah, akal dan hati. Lidah membetulkan sebutan huruf dengan tartil, akal memahami makna yang tersirat dan hati mengambil iktibar. Al-Quran banyak memaparkan nama-nama tempat serta kisah umat Nabi terdahulu sama ada secara eksplisit maupun implisit. Justeru kajian dilakukan bertujuan untuk menghasilkan sebuah direktori mengenai nama-nama tempat yang disebutkan dalam al-Quran. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya difokuskan kepada nama-nama tempat di atas muka bumi ini sahaja. Untuk mencapai objektif yang digariskan, kajian ini menggunakan metode analisis teks dengan pendekatan kualitatif untuk mengenalpasti dan mengkategorikan nama-nama tempat tersebut berdasarkan lokasi geografi, sejarah, dan konteks penggunaannya dalam ayat-ayat al-Quran. Hasil kajian ini mendapati terdapat dua puluh tujuh nama-nama lokasi yang dikisahkan di dalam al-Quran. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan panduan yang bermanfaat bagi para pengkaji al-Quran, sejarawan, dan ahli geografi dalam memahami signifikan dan latar belakang sejarah dari tempat-tempat yang disebutkan dalam kitab suci umat Islam. Selain itu, kajian ini juga berfungsi sebagai sumber rujukan yang berguna dalam kajian-kajian lebih lanjut mengenai konteks sosio-historis ayat-ayat al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Mohd Amin, J., & Fathil, F. (2024). 34. ANALISIS TEMATIK NAMA-NAMA TEMPAT DALAM AL-QURAN: THEMATIC ANALYSIS OF PLACE NAMES IN AL-QURAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 341–356. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2483