ANALISIS PENSEJARAHAN BERKAITAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
HISTORICAL ANALYSIS RELATED TO THE DEVELOPMENT OF ISLAMIC EDUCATION INSTITUTION IN MALAYSIA
Keywords:
Sejarah, Pendidikan Islam, kurikulum, pondok, madrasahAbstract
Sistem pendidikan Islam di Malaysia telah mengalami proses perkembangan secara berkala sejak daripada kedatangan Islam pada abad ke 10 M. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan dalam aktiviti pendidikan Islam merangkumi aspek fizikal seperti bangunan dan penjenamaan, aspek kurikulum serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah, jurnal dan artikel yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa perkembangan institusi pendidikan Islam di Malaysia mengalami tiga fasa utama. Fasa pertama melibatkan pengajian agama yang dijalankan secara bersemuka antara guru dan anak murid di surau, masjid dan pondok. Sistem pengajian ini dikenali sebagai pengajian cara pondok ataupun sekolah pondok. Pada fasa kedua pengajian agama dijalankan secara lebih teratur dan tersusun berdasarkan kepada jadual yang menumpukan kepada matapelajaran akademik dan agama. Aktiviti pengajian ini dilaksanakan di madrasah yang mempunyai bangunan khusus. Pada peringkat seterusnya Sekolah Agama Rakyat menggantikan pengajian madrasah apabila kerajaan negeri bersetuju memberi peruntukan khusus kepada pembangunan infrastuktur dan pengajaran.