METODOLOGI KUALITATIF BAGI PENGKAJIAN MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU

METODOLOGI KUALITATIF BAGI PENGKAJIAN MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU

Authors

  • Kamarul Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Shah Alam, Malaysia.
  • Azri Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Shah Alam, Malaysia.
  • Ashrof Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Shah Alam, Malaysia

Keywords:

Metodologi, manuskrip, perubatan, Melayu

Abstract

Kehebatan ilmuwan Melayu zaman dahulu amat membanggakan dan tidak dapat disangkal lagi. Kepakaran dan kebijaksanaan mereka dapat dilihat melalui penulisan-penulisan kitab yang merangkumi pelbagai landasan ilmu. Bidang perubatan telah dipelopori oleh ilmuwan Melayu yang tidak asing lagi seperti Sheikh Ahmad Al-Fatani, Raja Ali Haji dan Abbas Kuta Karang. Namun, kajian terhadap manuskrip perubatan hasil karya ilmuan-ilmuan Melayu ini kurang mendapat perhatian pengkaji untuk dikaji keberkesanannya. Kajian ini memberi fokus kepada metodologi kajian yang digunapakai dalam mengkaji manuskrip perubatan Melayu. Kajian manuskrip merupakan sebuah kajian filologi yang merujuk kepada menganalisis dan mengkaji teks-teks lama atau manuskrip yang ditulis dalam bahasa asli justeru, kaedah menganalisis dokumen bagi mengeluarkan data digunakan dalam kajian ini. Metodologi penelitian kualitatif digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi pemahaman tentang metodologi yang digunakan dalam mengkaji manuskrip perubatan Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Kamarul, Azri, & Ashrof. (2024). METODOLOGI KUALITATIF BAGI PENGKAJIAN MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU: METODOLOGI KUALITATIF BAGI PENGKAJIAN MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 320–331. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2481