30. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN INSTITUSI TAHFIZ DI NEGERI PERAK: KAJIAN TERHADAP SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN (SMTDR)
THE HISTORY OF DEVELOPMENT AND CONTRIBUTION OF TAHFIZ INSTITUTIONS IN THE STATE OF PERAK: A STUDY ON SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN (SMTDR)
Keywords:
Tahfiz, Qiraat, Perak & SMTDRAbstract
Negeri Perak terkenal sebagai negeri yang melahirkan ulama’ terkenal di Malaysia antaranya ialah Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi, Tuan Guru Syeikh Ismail Alang, Syeikh Nawawi Janggut Merah, Syeikh Tahir Jalaluddin, Tuan Guru Syeikh Abu Bakar Baqir dan Syed Jalaluddin Syed Abdul Majid. Negeri Perak juga terkenal dengan rangkaian pondok dan madrasah yang terkenal yang diasaskan oleh para cendiakawan setempat. Perkembangan Islam yang rancak menyebabkan penubuhan institusi-institusi tahfiz seperti Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Perak dan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Addin yang memberi sumbangan besar dalam perkembangan Islam di Negeri Perak. Dalam perkembangan kurikulum tahfiz arus perdana, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) di tubuhkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan kerjasama kerajaan negeri Perak untuk menyediakan platform bagi pelajar di peringkat menengah. Namun begitu, kajian berkaitan sejarah SMTDR amat berkurangan. Kajian ini bertujuan menjelaskan secara terperinci sejarah perkembangan SMTDR serta sumbangannya di negeri Perak. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini akan menggabungkan kajian kepustakaan dan lapangan yang berasaskan metode temubual dan pemerhatian. Data kualitatif yang dikumpulkan akan dianalisis kandungannya secara tematik. Hasil dapatan kajian merumuskan SMTDR menyumbang pada melahirkan huffaz yang berdaya saing dalam pembentukan sebuah negara. Kajian ini mencadangkan kajian lanjutan tentang sumbangan alumni SMTDR pada agama, bangsa dan negara.