28. KONSEP TINGGAL SEBUMBUNG DALAM TEMPOH IDDAH SELEPAS LAFAZ CERAI MENURUT PERSPEKTIF FUQAHA'
THE CONCEPT OF LIVING UNDER ONE ROOF DURING WAITING PERIOD (IDDAH) AFTER DIVORCE ACCORDING TO MUSLIM JURISTS
Keywords:
Iddah, Perceraian, Tinggal sebumbung, Undang-undang Keluarga IslamAbstract
Isu tinggal sembumbung selepas lafaz cerai seringkali menjadi pertanyaan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisa pandangan fuqaha mazhab mengenai konsep tinggal sebumbung selepas lafaz talak dalam tempoh iddah. Terdapat perbezaan pandangan di kalangan fuqaha' tentang hukum tinggal sebumbung antara bekas suami dan isteri dalam tempoh ini. Kajian ini mendapati pandangan-pandangan yang berbeza dari mazhab-mazhab utama, termasuk pandangan mazhab Syafie yang umumnya melarang bekas suami tinggal bersama bekas isteri dalam tempoh iddah untuk mengelakkan fitnah dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, mazhab Hanafi membenarkan tinggal bersama dengan syarat-syarat tertentu seperti keadilan dan adanya penghalang untuk mengelakkan perbuatan tidak bermoral. Metodologi kajian ini melibatkan analisis kualitatif terhadap sumber-sumber primer dan sekunder termasuk artikel jurnal, buku, dan dokumen perundangan. Kajian ini juga membincangkan implikasi undang-undang syariah dan bagaimana pandangan fuqaha' dapat memberikan panduan dalam konteks masyarakat Islam kontemporari. Hasil kajian menunjukkan bahawa meskipun terdapat perbezaan pandangan, prinsip asas hukum Islam menekankan pentingnya menjaga kehormatan dan mencegah fitnah. Oleh itu, panduan yang lebih jelas diperlukan untuk memastikan keadilan dan kesejahteraan pasangan yang bercerai dalam tempoh iddah