25. MEMBENTUK UKHWAH DAN BUDAYA KERJASAMA MELALUI PELAKSANAAN SMART CIRCLE (USRAH) DALAM ORGANISASI
FOSTERING BROTHERHOOD AND A COLLABORATIVE CULTURE THROUGH THE IMPLEMENTATION OF SMART CIRCLES (USRAH) IN ORGANIZATION
Keywords:
Usrah, Firma Guaman, Ukhwah, TaarufAbstract
Usrah merupakan konsep dalam Islam yang merujuk kepada kumpulan kecil atau perjumpaan berkala antara individu-individu yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan ukhwah (persaudaraan) dan spiritual mereka. Usrah juga dikenali dengan nama smart circle, kerana dalam perjumpaan berkala, ahli kumpulan akan berkongsi pengalaman, pengetahuan, serta memberi sokongan moral antara satu sama lain. Penulisan ini bertujuan untuk mendalami kesan positif aktiviti usrah kepada pekerja dalam organisasi firma guaman, Hawari Hanafi & Co. Penulisan kerja kerta ini menggunakan pendekataan kualitatif yang terdiri daripada kaedah temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati aktiviti taaruf (berkenal-kenalan) yang dijalankan dengan pelbagai kaedah yang menarik dan tidak membosankan pada setiap minggu mampu menarik minat pekerja untuk melibatkan diri dalam usrah, dan menjadikan mereka lebih mengenali antara satu sama lain. Sikap saling memahami ini telah membentuk budaya kerjasama yang kukuh di kalangan ahli pasukan. Kesatuan yang baik di kalangan ahli pasukan merupakan kunci utama dalam memastikan visi dan misi organisasi tercapai dengan cemerlang.Pelaksanaan smart circle ini juga merupakan satu bentuk dakwah kepada para pekerja di dalam organisasi Hawari Hanafi & Co. Ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidikan. Melalui sesi-sesi Usrah, peserta dapat berkongsi pengalaman, pengetahuan, dan pandangan yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman agama serta amalan keagamaan mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat memenuhi tuntutan rohani bagi seseoang individu Muslim. Secara keseluruhan, usrah bukan hanya sekadar aktiviti berkumpul, tetapi merupakan satu bentuk interaksi yang membina, mendidik, dan memperkukuhkan hubungan ukhwah serta kerohanian di kalangan pekerja. Pelaksanaannya di dalam organisasi firma guaman Hawari Hanafi & Co telah membuktikan bahawa konsep Usrah mempunyai potensi yang besar dalam membawa kesan positif kepada sesebuah organisasi.