24. KAJIAN DOA ANTARA DUA SUJUD (DADS) MELALUI KARYA SENI DENGAN PENGGABUNGAN LIRIK, LAGU DAN MUZIK SECARA DIDIK HIBUR
A STUDY ON THE SUPPLICATION BETWEEN TWO PROSTRATIONS (DADS) THROUGH ARTISTIC CREATION WITH THE COMBINATION OF LYRICS, SONG, AND MUSIC USING EDU-TAINMENT
Keywords:
Didik Hibur, Doa Antara Dua Sujud, Karya SeniAbstract
Doa Antara Dua Sujud (DADS) merupakan doa yang dibaca ketika seseorang berada di posisi duduk di antara dua sujud dalam solat yang mana bacaan ini merupakan doa yang mengandungi permohonan pengampunan, rahmat, perlindungan, peningkatan darjat, rezeki, petunjuk, kesihatan dan keampunan kepada Allah SWT. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sejauhmana tahap penghayatan dan amalan Doa Antara Dua Sujud ini dipraktikkan oleh masyarakat muslim dalam kehidupan harian masa kini. Justeru kajian Doa Antara Dua Sujud melalui ciptaan karya seni dengan penggabungan lirik, lagu dan muzik secara harmoni dijalankan untuk melihat sejauh mana penerimaan dalam kalangan masyarakat terhadap pendekatan ini. Pendekatan didik hibur kreatif dan inovatif berdasarkan elemen kontemporari dapat membantu menyampaikan maksud Doa Antara Dua Sujud ini dengan mudah dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dapatan soal selidik keberkesanan yang dijalankan secara kuantitatif mendapati jangkauan Doa Antara Dua Sujud yang disampaikan melalui lagu bertajuk Doa Antara Dua Sujud lebih mudah difahami maksudnya, diingati, dihayati dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu diharapkan kaedah yang digunakan dengan menggunakan pendekatan Didik Hibur melalui ciptaan karya seni lagu dapat memberi manfaat dan kesan positif kepada semua lapisan masyarakat melalui penghayatan dan pengamalan Doa Antara Dua Sujud ini dalam kehidupan seharian.