23. AMALAN BUDAYA TEMPATAN DALAM MENANGANI ISU SILANG GENDER MENGIKUT PRINSIP HUKUM ISLAM

THE CULTURAL PRACTICES OF THE LOCATION IN THE WAY OF TRANSGENDER WITH THE PRINCIPLES OF ISLAMIC LAW

Authors

  • Nurhidayah Muhamad Sharifuddin Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia/Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA,Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.
  • Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Keywords:

Budaya Tempatan, Gender, Hukum Islam, Pengubahan (Taghyir), Transgender

Abstract

Amalan budaya tempatan memainkan peranan penting dalam membentuk norma masyarakat khususnya dalam menangani isu gender dalam kerangka perspektif Islam. Hal ini kerana di negara Barat, mereka menyokong individu transgender yang ingin mengubah jantina mereka dengan menggabungkan terapi perubatan dan psikososial, termasuk terapi hormon dan prosedur pengesahan gender (gender reaffirming) dalam rawatan silang jantina. Ia jelas berlakunya kontradiksi di antara amalan budaya tempatan serta hukum Islam kerana rawatan-rawatan yang ditawarkan di Barat adalah melibatkan perubahan jantina asli kepada jantina berlawanan dan ternyata melibatkan pengubahan ciptaan Allah SWT. Oleh itu kertas kerja ini meneroka integrasi amalan budaya tempatan dalam menangani isu silang gender dari sudut Islam. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, memanfaatkan strategi berasaskan perpustakaan yang komprehensif untuk pengumpulan data. Metode dokumentasi digunakan untuk mengumpulkan pelbagai bahan, termasuk jurnal akademik, laman sesawang dan laporan kes yang berkaitan. Melalui analisis adat tempatan dan prinsip Islam mendapati bahawa cara didikan anak-anak semasa kecil amat penting dalam pembentukan identiti gender mereka. Ajaran Islam yang menyeru untuk memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan serta penerapan nilai-nilai agama sejak dari kecil turut memberi impak kepada tumbesaran identiti gender seseorang supaya mereka tidak menyimpang dari fitrah penciptaan Allah SWT.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Muhamad Sharifuddin, N., & Ramli, M. A. (2024). 23. AMALAN BUDAYA TEMPATAN DALAM MENANGANI ISU SILANG GENDER MENGIKUT PRINSIP HUKUM ISLAM: THE CULTURAL PRACTICES OF THE LOCATION IN THE WAY OF TRANSGENDER WITH THE PRINCIPLES OF ISLAMIC LAW. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 240–247. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2472