14. UNSUR ISLAM DALAM REKAAN PAKAIAN TRADISONAL MASYARAKAT MELAYU KAUM LELAKI

THE ISLAMIC ELEMENTS IN TRADITIONAL CLOTHING DESIGNS OF MEN'S MALAY COMMUNITY

Authors

  • Sri Qamariah Mohd Samsir Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam, Malaysia
  • Nor Azita Che Din Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam, Malaysia

Keywords:

Unsur Islam, Rekaan Pakaian Tradisional, Masyarakat Melayu, Kaum Lelaki

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat unsur Islam dalam rekaan pakaian tradisional masyarakat Melayu bagi kaum lelaki. Terdapat dua jenis rekaan pakaian tradisional kaum lelaki masyarakat Melayu yang masih wujud hingga kini dan masih menjadi pilihan untuk digayakan di majlis-majlis tertentu dan perayaan utama masyarakat Melayu iaitu baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Teluk Belanga. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur Islam dan maksud tersirat dalam setiap rekaan pakaian tradisional masyarakat Melayu bagi kaum lelaki. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan dan temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat unsur Islam pada satu (1), lima (5) dan tujuh (7) butang baju Melayu yang melambangkan ketauhidan, rukun Islam, lapisan langit dan bumi serta lapisan syurga dan neraka. Manakala, 3 saku melambangkan Iman, Islam dan Ihsan yang merujuk kepada kesempurnaan. Tidak lengkap pemakaian baju Melayu tanpa samping yang membawa maksud kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah. Ciri-ciri rekaan baju Melayu juga adalah menutup aurat, longgar dan tidak ketat, tidak mengubah fitrah jantina, membawa imej yang baik dan sopan serta merupakan pakaian yang elok dan cantik. Kesimpulannya, rekaan pakaian tradisional kaum lelaki masyarakat Melayu penuh dengan unsur Islam yang membawa kepada citra dan keindahannya tersendiri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Mohd Samsir, S. Q., & Che Din, N. A. (2024). 14. UNSUR ISLAM DALAM REKAAN PAKAIAN TRADISONAL MASYARAKAT MELAYU KAUM LELAKI: THE ISLAMIC ELEMENTS IN TRADITIONAL CLOTHING DESIGNS OF MEN’S MALAY COMMUNITY. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 139–147. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2463