13. ANALISIS KEPERLUAN BAGI PEMBINAAN MODEL FIQH TAHARAH MASYARAKAT ISLAM ORANG ASLI

ANALYSIS OF THE NEEDS FOR CONSTRUCTING A FIQH TAHARAH MODEL FOR ORANG ASLI COMMUNITY

Authors

  • Paiz Hassan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
  • Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysa, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Zulkefli Aini Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
  • Muhammad Syazwan Faiz Shahrom4 Pelajar Pascasiswazah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.
  • Muhammad Yusri Yusof 5Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.
  • Muhd Imran Abd Razak Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
  • Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.
  • Abd Munir Mohamed Noh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Tapah, 35400 Tapah Road, Perak, Malaysia.

Keywords:

Taharah, Orang asli, Kenajisan

Abstract

Taharah merupakan sesuatu yang sangat penting dalam menentukan penerimaan ibadah seseorang. Setiap individu muslim wajib mengetahui tatacara bersuci termasuklah masyarakat orang asli yang telah memeluk Islam. Mereka seringkali terdedah kepada kenajisan najis mughallazah kerana persekitaran perkampungan mereka terdapat banyak anjing yang berkeliaran dan menjadi peneman kepada mereka. Selain itu, babi turut menjadi buruan masyarakat orang asli untuk hidangan seisi keluarga dan sudah pasti kenajisannya menempati pada bekas masakan dan bekas hidangan. Oleh sebab itu, pendekatan tatacara bersuci perlu melihat kepada realiti kehidupan masyarakat orang asli supaya Islam dilihat sebagai agama yang mudah. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keperluan bagi pembinaan model fiqh taharah masyarakat orang asli berdasarkan pandangan penggerak masyarakat orang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan instrumen temu bual. Informan kajian terdiri daripada penggerak masyarakat orang asli yang berpengalaman melebihi 15 tahun. Dapatan kajian mendapati keperluan kepada pembinaan model fiqh taharah masyarakat orang asli sangat diperlukan bagi meraikan realiti masyarakat setempat dan menzahirkan kemudahcaraan dalam agama Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-29

How to Cite

Hassan, P., Ramli, M. A., Aini, Z., Shahrom4, M. S. F., Yusof, M. Y., Abd Razak, M. I., … Mohamed Noh, A. M. (2024). 13. ANALISIS KEPERLUAN BAGI PEMBINAAN MODEL FIQH TAHARAH MASYARAKAT ISLAM ORANG ASLI: ANALYSIS OF THE NEEDS FOR CONSTRUCTING A FIQH TAHARAH MODEL FOR ORANG ASLI COMMUNITY. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 130–138. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2462