11. KEBERKESANAN PENGUJIAN ATAS TALIAN BAGI KURSUS BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KETIGA DARI PERSPEKTIF PENSYARAH DAN PELAJAR
EFFECTIVENESS OF ONLINE TESTING FOR ARABIC AS A THIRD LANGUAGE COURSE FROM LECTURERS’ AND STUDENTS’ PERSPECTIVES
Keywords:
Ujian Atas Talian, Keberkesanan Ujian, Penilaian Kemahiran Bahasa, MoodleAbstract
Sistem pengujian dalam talian merupakan satu paradigma baru dalam sistem pendidikan masa kini. Namun keberkesanan penilaian pengujian atas talian telah menjadi salah satu kebimbangan utama dalam keberhasilannya. Pengujian atas talian telah ditadbir sebagai penilaian berterusan kepada pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda yang mengambil kursus Bahasa Arab sebagai Bahasa ketiga di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula daripada berlakunya wabak penyakit COVID-19 sehingga kini. Justeru, penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis bagaimana Moodle learning management system (LMS) boleh digunapakai bagi melaksanakan pengujian kursus bahasa atas talian, mengkaji persepsi pelajar dan pensyarah terhadap pengujian bahasa atas talian serta mencari hubungan signifkan antara pengujian atas talian dengan pengujian secara konvesional. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah jenis kaedah kajian campuran dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Seramai 119 orang pelajar diploma dan 8 orang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka telah menjadi sampel dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati peluang yang disediakan oleh Moodle LMS yang digunapakai di institusi ini bersesuaian dengan objektif penilaian kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Selain itu, dapatan kajian mendapati pelajar memberikan persepsi yang positif terhadap pelaksanaan ujian atas talian, manakala majoriti pensyarah tidak mensetujuinya atas faktor ketelusan pelaksanaan ujian atas talian. Sementara itu, hasil analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ujian atas talian dengan ujian lisan pelajar namun dalam korelasi yang sederhana tinggi. Rentetan daripada itu, diharapkan hasil yang diperolehi daripada kajian ini dapat menjadi titik tolak dalam penambahbaikan sistem penilaian kursus bahasa Arab pada masa akan datang