9. MANUSKRIP MELAYU BERTAJUK DAWĀ’ AL-QULŪB MIN AL-‘UYŪB: SUATU KAJIAN DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

MALAY MANUSCRIPT ENTITLED DAWĀ’ AL-QULŪB MIN AL-‘UYŪB: A STUDY AT NATIONAL LIBRARY OF MALAYSIA

Authors

  • Mohd Anuar Mamat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Keywords:

Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb, Muḥammad Khaṭīb Langgien, kajian manuskrip

Abstract

Ilmu merupakan perkara yang amat penting dan menjadi kefarduan kepada umat Islam. Penyampaian ilmu yang benar ini diusahakan secara berterusan bermula zaman Nabi SAW sehinggalah ke hari ini melalui usaha dakwah dan sistem pendidikan Islam yang dibangunkan. Dalam konteks penulisan berkaitan Pendidikan Islam, pelbagai karya telah dihasilkan oleh para ulama sepanjang zaman, termasuklah juga para ulama Alam Melayu. Antara keunikan karya pendidikan Islam Alam Melayu ialah kepelbagaian dan kandungan yang komprehensif serta karya-karya tersebut juga adalah dihasilkan berteraskan adab dan diselit dalam pelbagai karya disiplin ilmu yang lain. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan salah satu karya yang ditulis oleh ulama Alam Melayu kurun ke-19M, iaitu kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Kitab ini ditulis oleh Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien, merupakan seorang ulama terkenal abad ke-19M, khususnya dalam displin ilmu tasawuf dan tarekat. Namun, beliau dan karyanya berjudul Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini belum diperkenalkan secara khusus dan amat sedikit penulisan mengenainya. Aspek utama difokuskan dalam kertas kerja ini ialah melakukan kajian dan tinjauan terhadap manuskrip Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb yang berada dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Untuk tujuan ini pendekatan kajian kodikologi digunakan dalam menganalisis naskhah-naskhah yang ditemui. Aspek kodikologi ini merangkumi kewujudan naskhah, pengarang atau penyalin, aspek fizikal dan struktur naskhah, saiz, kertas, tera air dan sebagainya. Dengan analisis kodikologi terhadap manuskrip Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini diharapkan dapat meneroka sejumlah naskhah yang wujud di Perpustakaan Negara Malaysia dan membawa kepada banyak kajian lanjutan dalam bidang ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-27

How to Cite

Mamat, M. A. (2024). 9. MANUSKRIP MELAYU BERTAJUK DAWĀ’ AL-QULŪB MIN AL-‘UYŪB: SUATU KAJIAN DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA: MALAY MANUSCRIPT ENTITLED DAWĀ’ AL-QULŪB MIN AL-‘UYŪB: A STUDY AT NATIONAL LIBRARY OF MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 78–85. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2458