7. MANIFESTASI PEMBANGUNAN WAKAF MELALUI KAEDAH STRATEGI LAUTAN BIRU DALAM KELESTARIAN HARTA WAKAF DI MALAYSIA
MANIFESTATION OF WAQF DEVELOPMENT THROUGH THE BLUE OCEAN STRATEGY METHOD IN THE SUSTAINABILITY OF WAQF ASSETS IN MALAYSIA
Keywords:
Pembangunan wakaf, strategi lautan biru, harta wakafAbstract
Wakaf merupakan aspek penting dalam filantropi Islam yang bertujuan untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Kekuatan instrumen kehartaan Islam ini telah terbukti berjaya khususnya dalam meningkatkan kekuatan ekonomi dan sosial masyarakat Islam. Namun, dalam konteks zaman kontemporari, terdapat cabaran dalam pengurusan dan penggunaan harta wakaf secara efektif untuk kepentingan yang maksimum. Strategi Lautan Biru merupakan suatu revolusi dalam strategi perniagaan dan inisiatif kaedah global ini menggabungkan kreativiti dan inovasi dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas. Konsep ini turut membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Inisiatif ini turut wujud dalam pelaksanaan kaedah pembiayaan pembangunan wakaf sebagai salah satu usaha pihak kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan dana untuk membangunkan tanah wakaf. Strategi ini juga terkenal dengan pendekatannya yang inovatif dalam mencipta ruang pasaran yang tidak bersaing, menyediakan peluang untuk menghidupkan semula sektor wakaf dengan mengenal pasti laluan baru untuk pembangunan dan kelestarian. Justeru itu, objektif kajian ini adalah mengenalpasti kaedah pembangunan wakaf yang seiring dengan kaedah strategi lautan biru yang telah dilaksanakan di Malaysia dan kedua menganalisis bagaimana kaedah ini dapat dijadikan sebagai satu langkah dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif pembangunan harta wakaf yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. Pengumpulan data diperolehi daripada kajian dokumen. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa wakaf dan Strategi Lautan Biru boleh digabungkan untuk memaksimumkan manfaat kepada masyarakat dan negara. Integrasi kedua-dua strategi ini boleh membantu dalam membangunkan harta wakaf dengan memastikan harta wakaf dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta membantu membangunkan pembangunan komuniti yang mampan di Malaysia.