6. TAULIAH MENGAJAR INKLUSIF MESRA PENDAKWAH MUSLIM DI MALAYSIA

Authors

  • Norazmi Anas Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah, Perak, Malaysia
  • Nurul Badriyah Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, Johor, Malaysia
  • S Salahudin Suyurno Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia,
  • Mohd Erfino Johari Pusat Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS), Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Rashidi Abbas UiTM
  • Mahasin Saja@Mearaj Uitm

Keywords:

Tauliah Mengajar, nklusif, Mesra Pendakwah, Malaysia

Abstract

Kekerapan temuduga menjadi punca utama polemik tauliah mengajar agama berlarutan sehingga kini di negara kita di samping tempoh menunggu panggilan temuduga yang panjang serta tempoh permohonan yang singkat. Ia melambatkan proses dakwah Islam berbanding permit penganjuran pesta dan aktiviti sosial lain yang lebih mudah dan terbuka sepanjang tahun. Situasi ini mengundang proses tauliah mengajar tidak mesra pendakwah walaupun kategorinya hampir sama di semua negeri dalam Malaysia. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mendedahkan konsep, isu dan cabaran tauliah mengajar dalam dakwah kontemporari di Malaysia, keperluan ijtihad waqi’i ke arah pemantapan dakwah era madani serta polisi yang menyokong cadangan tauliah mengajar inklusif mesra pendakwah di negara kita. Pemberian tauliah mengajar dilihat mampu menghalang sebarang aktiviti ajaran sesat dan penyebaran hadis palsu/daif melalui penyediaan pembelajaran formal yang melibatkan badan-badan berautoriti sahaja dalam menyampaikan ilmu terutamanya aktiviti anjuran masjid. Walaupun begitu, proses memohon tauliah mengajar adalah dalam bidang pentadbiran agama Islam bagi setiap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melalui prosedur dan kelayakan berbeza. Dato' Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri telah mencadangkan ujian permohonan tauliah mengajar diselaras di seluruh negara dengan titah perkenan Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan raja-raja di peringkat negeri. Metodologi kajian kepustakaan menggunakan analisis kandungan terhadap sumber sekunder seperti artikel jurnal, buku, artikel surat khabar, laman sesawang dan sebagainya. Maka, dicadangkan satu model tauliah mengajar inklusif mesra pendakwah sebagai salah satu solusi polemik tauliah mengajar yang sedang melanda negara sekarang serta penambahbaikan dari segi prosedur yang lebih harmoni dan bersepadu. Ia selari dengan Dasar Malaysia Madani dan Pelan Al-Falah 2023-2027 melalui Teras Kemuliaan Syariah (Fokus 6: Penghayatan Nilai Masyarakat Madani) dan Teras Kehormatan Institusi Islam (Fokus 9: Keunggulan Pendidikan Islam & Dakwah Berhikmah) bagi mewujudkan masyarakat rahmah yang maju dari aspek pemikiran, kerohanian dan kebendaan hasil semaian nilai-nilai Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-27

How to Cite

Anas, N., Ali, N. B., Suyurno, S. S., Johari, M. E., Abbas, R., & Saja@Mearaj, M. (2024). 6. TAULIAH MENGAJAR INKLUSIF MESRA PENDAKWAH MUSLIM DI MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 52–59. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2455