5. SOROTAN ELEMEN SAHSIAH DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK TERPILIH DI NEGERI KELANTAN

AN OVERVIEW OF THE CHARACTER AMONG STUDENTS AT SELECTED PONDOK INSTITUTIONS IN KELANTAN

Authors

  • Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia
  • Muhammad Yusri Yusof@Salleh Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia.
  • Paiz Hassan Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia
  • Abd Munir Mohd Noh 4Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Tapah, Campus, Malaysia.
  • Hamdi Rahman Mohd Yaacob Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia.
  • Muhd Imran Abd Razak Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia.

Keywords:

Sahsiah, pelajar, institusi pengajian pondok, negeri Kelantan

Abstract

Negeri Kelantan amat sinonim dengan gelaran Serambi Mekah kerana kemasyhurannya dalam usaha memartabatkan pendidikan Islam dan melahirkan ramai ulama tersohor. Kemunculan institusi pengajian pondok pada abad ke 18 M telah mencorakkan suasana dan budaya keilmuan yang pesat di negeri tersebut. Antara keutamaan institusi ini selain daripada pusat ilmu pengetahuan ialah pembinaan akhlak dan sahsiah dalam kalangan pelajar. Memandangkan isu keruntuhan akhlak dan sahsiah seringkali diperbincangkan pada masa kini, institusi ini dilihat boleh memberi sumbangan ke arah memberikan pendidikan akhlak yang diperlukan oleh masyarakat. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji berkaitan elemen-elemen sahsiah yang telah dipraktikkan oleh pelajar-pelajar institusi pengajian pondok terpilih di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif yang menumpukan kepada analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara deskriptif berdasarkan analisis kandungan. Kajian ini mendapati bahawa elemen-elemen sahsiah merangkumi adab, ikhlas, fokus dan berdikari telah dipraktikkan oleh para pelajar institusi pengajian pondok hasil daripada pendidikan yang diperolehi daripada para guru dan kitab-kitab pengajian yang digunakan. Justeru itu, institusi pengajian pondok telah berperanan sebagai pusat pendidikan Islam yang mengutamakan pendidikan fardhu ain serta pembinaan akhlak dan sahsiah kepada pelajarnya. Sumbangan ini adalah signifikan dalam membentuk keperibadian masyarakat kepada nilai-nilai Islami sebagaimana yang dianjurkan serta memperlihatkan kepentingan institusi ini dalam senario semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-27

How to Cite

Zainal Abidin, M. Z. H., Yusof@Salleh, M. Y., Hassan, P., Mohd Noh, A. M., Mohd Yaacob, H. R., & Abd Razak, M. I. (2024). 5. SOROTAN ELEMEN SAHSIAH DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK TERPILIH DI NEGERI KELANTAN: AN OVERVIEW OF THE CHARACTER AMONG STUDENTS AT SELECTED PONDOK INSTITUTIONS IN KELANTAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 41–51. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2454