3. AMALAN KHURAFAT WANITA HAMIL BERKAITAN BAYI

PREGNANT WOMEN'S SUPERSTITIONS RELATING TO BABY

Authors

  • Rahmat Abdullah Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Kuala Langat, Malaysia.

Keywords:

Amalan Khurafat, Wanita Hamil, Bayi,, Melaka

Abstract

Petua dan pantang larang masyarakat Melayu banyak dipengaruhi dengan fahaman Animisme-Dinamisme dan Hinduisme-Buddhisme lebih-lebih lagi berkaitan bayi sebelum kedatangan ajaran Islam di Tanah Melayu. Kejernihan Islam mengembalikan semula akidah masyarakat ke jalan yang benar dan sekaligus tidak menolak sebarang budaya Melayu asalkan ianya tiada berkaitan dengan amalan khurafat. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan khurafat wanita hamil dalam kalangan masyarakat Melayu berkaitan bayi semasa menjalani proses kehamilan (sebelum bersalin). Pada masa yang sama, ianya juga akan menilai tahap kefahaman wanita hamil berkaitan amalan khurafat terhadap bayi. Responden adalah terdiri daripada 45 orang wanita Melayu yang tinggal di Melaka. Analisis data menggunakan kaedah peratusan melalui perisian Microsoft Excel dengan mengajukan soal selidik amalan khurafat berkaitan bayi samaada pernah melakukan atau tidak pernah melakukan kepada wanita hamil semasa melalui tempoh kehamilan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat 4 amalan khurafat wanita hamil berkaitan bayi dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan membawa gunting ketika hamil dengan tujuan mengelak daripada dihampiri syaitan menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 71% manakala amalan “baby shower” dan dilarang bersetubuh dengan suami ketika kandungan berusia tujuh bulan menunjukkan peratusan yang terendah iaitu sebanyak 6.7%. Kefahaman ibu hamil tentang amalan khurafat berkaitan bayi berada pada tahap tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-27

How to Cite

Abdullah, R. (2024). 3. AMALAN KHURAFAT WANITA HAMIL BERKAITAN BAYI: PREGNANT WOMEN’S SUPERSTITIONS RELATING TO BABY. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 16–27. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2452