PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK DALAM MURAJA’AH HAFAZAN AL-QURAN

THE USE OF MNEMONIC METHODS IN MURAJA’AH QURANIC MEMORIZATION

Authors

  • Khairul Azami Shafiai Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia.
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia.

Keywords:

Mnemonik, Murajaah Hafazan, Pendidikan Tahfiz, Akronim, Akrostik

Abstract

Muraja’ah hafazan merupakan satu proses kritikal dalam pendidikan tahfiz, di mana pelajar dikehendaki mengulang-ulang hafazan mereka bagi memastikan daya ingatan yang kuat dan konsisten. Kaedah mnemonik, yang melibatkan penggunaan teknik pengingatan yang berfokus kepada aspek visual, auditif, dan kinestetik, menawarkan satu pendekatan alternatif yang berpotensi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan murajaah hafazan. Artikel ini meninjau beberapa kaedah mnemonik yang relevan dan penggunaannya dalam konteks hafazan al-Quran, termasuk peta konsep, teknik perjalanan, akronim dan akrostik, serta kaedah asosiasi dan kesan emosi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis buku-buku dan artikel ilmiah untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dalam menghuraikan maklumat dan informasi berkaitan kajian yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah mnemonik bukan sahaja dapat mempercepatkan proses penghafalan tetapi juga memperkukuhkan daya ingatan jangka panjang.

Downloads

Published

2024-09-22