KEPENTINGAN AMALAN TALAQQI DAN MUSYAFAHAH DALAM PEMBELAJARAN AL- QURAN

THE IMPORTANCE OF THE PRACTICES OF TALAQQI AND MUSYAFAHAH IN THE LEARNING OF THE QURAN

Authors

  • Muhammad Abdul Rasid Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
  • Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

Keywords:

Talaqqi, Musyafahah, Learning, Quran

Abstract

Amalan talaqqi musyafahah merupakan satu kaedah pendidikan yang telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW. Amalan ini merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang penting dalam pembelajaran ilmu al-Quran kerana ianya membolehkan pelajar membaca al-Quran secara berulang-ulang dengan mendengar bacaan guru atau mentor. Namun, perkembangan arus globalisasi telah memberikan impak dalam bidang pendidikan merangkumi cara atau kaedah baharu yang telah dibangunkan dalam pelbagai genre ilmu. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kepentingan amalan talaqqi musyafahah serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan amalan ini dalam pembelajaran al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis buku-buku dan artikel ilmiah untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dalam menghuraikan maklumat dan informasi berkaitan kajian yang dijalankan. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepentingan amalan talaqqi dan musyafahah dapat meningkatkan kefasihan, memahami makna ayat serta memperbaiki aspek tartil dan tajwid dalam pembacaan al-Quran. Selain itu, amalan talaqqi musyafahah juga memperkukuhkan ikatan antara guru dan pelajar dalam proses pembelajaran al-Quran. Kesimpulannya, amalan talaqqi musyafahah sangat penting dalam pembelajaran ilmu al-Quran kerana ianya memberi impak yang positif dalam aspek perkembangan dan kecemerlangan ke arah melahirkan generasi al-Quran yang berkualiti.

Downloads

Published

2024-09-22