HUBUNGAN DI ANTARA GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN TAHAP KEYAKINAN AGIHAN ZAKAT DAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN

Authors

  • Mohd Nazim Mohd Noor
  • Zuraimy Ali
  • Noraini Ismail
  • Nadiyah Hashim
  • Nor Alifah binti Rosaidi

Abstract

Kepimpinan Transformasi pada masa kini dilihat menjadi suatu pendekatan yang sangat berkesan di dalam mengurus organisasi. Bagi memastikan urus tadbir berjalan lancar bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Perlis perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keyakinan dan kepuasan pelanggan sentiasa diutamakan. Dengan peruntukan dana zakat yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs) sudah tentu ianya memerlukan satu model keberkesanan gaya kepimpinan bagi memastikan kutipan dan agihan memenuhi maksud yang telah ditetapkan oleh pihak MAIPs dan UiTM. Justeru itu, bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM cawangan Perlis telah diamanahkan untuk mengurus dana tersebut dengan lebih berkesan. Kajian ini merupakan cadangan terhadap pembentukan kerangka model gaya kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan tahap keyakinan dan kepuasan pelanggan bagi tujuan diaplikasikan di UiTM cawangan Perlis. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif menggunakan analisa deskriptif dan inferensi melalui perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 23. Hasil dapatan kajian mencadangkan satu kerangka model gaya kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan tahap keyakinan dan kepuasan pelanggan untuk diaplikasikan di UiTM cawangan Perlis dalam meningkatkan urus tadbir bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM cawangan Perlis.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Mohd Nazim Mohd Noor, Zuraimy Ali, Noraini Ismail, Nadiyah Hashim, & Nor Alifah binti Rosaidi. (2024). HUBUNGAN DI ANTARA GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN TAHAP KEYAKINAN AGIHAN ZAKAT DAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2101