KEBAIKAN PENSYARIATAN PUASA TERHADAP FISIOLOGI DAN KESIHATAN UMAT ISLAM: SATU SOROTAN

Authors

  • Zaifuddin Md Rasip
  • Amer Hudhaifah Hamzah
  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
  • Rozeeda Kadri
  • Syamsul Azizul Marinsah

Abstract

Puasa adalah satu amalan tradisi yang diamalkan di seluruh dunia dengan pelbagai tujuan, termasuk tujuan keagamaan, kesihatan, dan spiritual. Kajian ini membincangkan tentang kesan puasa terhadap kesihatan fizikal dan mental, dengan penekanan pada puasa yang berterusan seperti puasa Ramadan, puasa sunat dan puasa intermittent fasting (IF). Amalan puasa berkala dapat membantu dalam penurunan berat badan yang sehat. Berat badan yang terkawal secara berterusan dapat mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Puasa dapat membantu dalam mengawal tekanan darah. Ketika seseorang berpuasa, tubuh cenderung mengekalkan elektrolit dalam darah dengan lebih baik, yang boleh mengurangkan risiko hipertensi atau tekanan darah tinggi. Puasa juga dapat meningkatkan profil lipid dalam darah, termasuk pengurangan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan peningkatan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik). Ini membantu dalam mengurangkan risiko aterosklerosis, di mana lemak menumpuk di dalam arteri jantung. Puasa dapat meningkatkan sensitiviti insulin, yang membantu dalam pengawalan gula darah. Hal ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit metabolik seperti diabetes dan penyakit jantung. Selain itu, puasa juga memberikan peluang kepada sistem pencernaan untuk berehat dan proses detoksifikasi badan yang semulajadi. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan mengkaji amalan-amalan puasa yang dianjurkan oleh Islam dan amalan IF serta kesannya terhadap kesihatan manusia. Hasil kajian ini mendapati puasa mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap kesihatan fizikal dan mental. Lantaran itu di samping melakukan ibadat puasa sebagai tanda ketaaatan kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, juga boleh menjadi cara yang penting untuk merawat dan meningkatkan keseluruhan kesejahteraan individu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Zaifuddin Md Rasip, Amer Hudhaifah Hamzah, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Rozeeda Kadri, & Syamsul Azizul Marinsah. (2024). KEBAIKAN PENSYARIATAN PUASA TERHADAP FISIOLOGI DAN KESIHATAN UMAT ISLAM: SATU SOROTAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2100