HADITH-HADITH YANG DINILAI DHAIF OLEH A. HASSAN BANDUNG DALAM KITAB SOAL-JAWAB

Authors

  • Al Anshary Otuh Salleh
  • Wan Mohammad Ubaidillah Wan Abas

Abstract

Perbincangan tentang penggunaan hadith dhaif samaada dalam masalah hukum ataupun fadhail telah dibahas melalui kitab-kitab dalam bidang ini. Justeru, artikel ini memfokuskan salah satu tokoh yang pernah mewarnai sejarah keilmuan di Indonesia, iaitu A. Hassan Bandung, seorang tokoh profilik yang telah menghasilkan pelbagai karya dan pemikiran beliau yang mencetuskan kontroversi pada zamannya. Sumbangan A. Hassan Bandung dalam bidang hadith tidak dapat dinafikan. Namun sayang sekali, karya-karya beliau mengenai kritik hadith berselerak dalam pelbagai tulisannya. Usaha untuk mengumpulkan tulisan-tulisan beliau dalam bidang hadith perlu dilakukan untuk menghargai jasa beliau seterusnya memartabatkan karya hadith di Nusantara. Justeru artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana sumbangan A. Hassan dalam mengekang penyebaran hadith-hadith dhaif yang dilihat sebagai bercanggah dengan metode yang benar. A. Hassan Bandung sendiri termasuk tokoh yang tidak menerima hadith dhaif dalam persoalan al-fadha-il, kerana menurut beliau mengamalkan hadith dhaif bermaksud mengamalkan apa yang tidak pasti dari syarak (A. Hassan, 2007). Namun beliau juga menerima hadith dhaif hanya sebagai sokongan sahaja. Kajian ini memberi tumpuan kepada salah satu karya penting A. Hassan iaitu Kitab Soal-Jawab. Kajian ini merupakan kajian kualitatif analisis dokumen secara deskriftif dengan melakukan pembacaan menyeluruh pada isi kitab Soal-Jawab jilid satu. Hasil kajian ini mendapati terdapat 54 buah hadith yang dinilai dhaif dalam Kitab Soal-Jawab,16 buah hadith daripadanya merupakan penilaian A. Hassan sendiri, manakala 1 hadith daripada H.M.A dan selebihnya daripada Md.mm.

Downloads

Published

2024-07-31