PENERAPAN NILAI AKHLAK DALAM ASMAUL HUSNA MENURUT AL-QUSHAYRI DALAM KITAB “AL-TAHBĪR FI AL-TADHKĪR”

Authors

  • Shahrizal Bin Mahpol
  • Mohd Baharim Bin Mayidin
  • Mohd Zuhdi Bin Ismail

Abstract

Antara perbahasan penting yang banyak dibincangkan dalam kalangan ulama sufi ialah konsep al-takhalluq bi akhlāq Allah (bersifat dengan akhlak mulia yang dituntut oleh Allah). Hal ini demikian kerana pengertian tasawuf itu sendiri menurut sebahagian ulama adalah berkisar di sekitar maksud pembinaan akhlak yang mulia. Justeru, artikel ini cuba mengetengahkan pendekatan al-Qushayri (w. 465H) menerapkan nilai-nilai akhlak mulia yang terkandung di sebalik maksud Asmaul Husna dalam kitab beliau berjudul “al-Tahbīr fi al-Tadhkīr”. Kajian kualitatif ini menggunakan metode analisis kandungan dan menjadikan teks kitab tersebut sebagai sumber premier. Hasil kajian mendapati al-Qushayri telah membahagikan nama-nama Allah kepada tiga bahagian iaitu ism al-dhāt, sifat al-dhāt dan sifat al-fi’l. Kajian ini ditumpukan kepada perbahasan mengenai nilai akhlak dalam sifat al-dhāt. Kajian menunjukkan beberapa nilai akhlak mulia yang terkandung dalam sifat al-dhāt yang dituntut bagi setiap Muslim mengamalkannya seperti sifat suci dari sebarang maksiat yang difahami dari maksud sifat al-Quddus, sifat tawaduk yang difahami dari sifat al-‘Azīz dan sebagainya. Kajian menunjukkan penerapan yang dilakukan oleh al-Qushayri adalah berdasarkan kepada metode perbandingan yang merujuk kepada aspek persamaan maksud. Dapatan kajian ini diharapkan mampu menyumbangkan satu pendekatan bermakna dalam perbahasan ilmu tauhid yang mencakupi aspek tasawuf.

Downloads

Published

2024-07-31