ANALISIS PENILAIAN KEBOLEHGUNAAN MODUL PENGUASAAN FARDHU AIN UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI DI NEGERI PAHANG

Authors

  • Nazatul Akmar Mokhtar
  • Sh. Mohd Firdaus Sh. Othman
  • Auni 'Atikah Binti Tazudin
  • Halim Ismail
  • Fahmi Zaidi Abdul Razak
  • Asmadi Abdul Rahman
  • Muhammad Sabri Sahrir

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan modul ’Modul Penguasaan Fardhu Ain Masyarakat Orang Asli Di Negeri Pahang’ yang telah dibangunkan berdasarkan model instruksional ADDIE. Kajian ini melibatkan edaran soalselidik terhadap 39 responden yang terdiri dari masyarakat orang Asli yang telah menyertai kursus Asas Bimbingan Fardhu Ain Saudara Baharu Asli Negeri Pahang Siri 2, Tahun 2024M anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah adalah rekabentuk kajian kuantitatif. Instrumen yang digunakan untuk kutipan data adalah soalselidik. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20 yang merangkumi frekuensi dan peratus bagi analisis deskriptif demografi dan menggunakan min dan sisihan piawai bagi analisis tahap keberkesanan isi kandungan modul. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa modul ini adalah modul yang baik berdasarkan kepada maklumbalas daripada responden terhadap modul ini dengan purata keseluruhan skor min dengan nilai M=4.86, SP= 0.26 yang menjelaskan bahawa tahap persetujuan responden terhadap isi kandungan modul adalah berada pada tahap yang tinggi dan nilai SP yang rendah pula mencerminkan konsistensi dalam maklum balas yang diterima seterusnya menjelaskan bahawa responden secara amnya bersetuju tentang kualiti dan keberkesanan modul tersebut. Dapatan ini sekaligus mengesahkan bahawa modul ini berupaya untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan fardhu ain dengan baik.

Downloads

Published

2024-07-31