FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN KESATUAN SEKERJA

Authors

  • Nur Nilam Sari binti Hamidun
  • Kee Y Sabariah binti Kee Mohd Yussof

Abstract

Terdapat faktor yang mempengaruhi keberkesanan kesatuan sekerja dalam sebuah kesatuan yang dikenalpasti oleh pengkaji terdahulu. Namun, faktor iklim hubungan industri dan ciri kesatuan sekerja yang mempengaruhi keberkesanan kesatuan sekerja masih memerlukan perhatian dan mempunyai limitasi bahan rujukan untuk penyelidik pada masa kini. Tinjauan literatur yang sistematik dijalankan agar analisis bahan rujukan dapat memberi maklumat mengenai sumber dalam bidang kajian ini. Hal ini demikian kerana, hasil kajian lepas menekankan bahawa kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam mewujudkan iklim yang harmoni dan produktif. Dengan menggunakan tinjauan literatur yang sistematik objektif kajian ini adalah untuk mengkaji secara deskriptif keseluruhan artikel, kertas kerja dan bahan bacaan lain yang berkaitan dengan iklim hubungan industri dan ciri kesatuan sekerja terhadap keberkesanan kesatuan sekerja yang terpilih di Sabah. Data yang diperolehi adalah berdasarkan daripada database Universiti Malaysia Sabah dan akses sumber artikel lain yang sahih untuk digunakan. Hasil kajian ini akan memudahkan kepada pencarian artikel penyelidikan untuk pengkaji lain dalam bidang yang memfokuskan kepada keberkesanan kesatuan sekerja.

Downloads

Published

2024-07-31